Laungan “Daulat Tuanku” kedengaran beberapa kali sebelum Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja Pahang, yang dipengerusikan Pemangku Raja Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tamat sepenuhnya.
Agenda utama mesyuarat itu difahamkan bagi melantik baginda sebagai Sultan Pahang yang baharu, menggantikan Ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang kini sedang gering.
Sejurus mesyuarat itu berakhir, baginda berkenan mengambil gambar kenang-kenangan bersama Kerabat Diraja, berserta Ahli Jumaah Pangkuan Diraja yang lain.
BACA: Doakan yang terbaik - Tengku Abdullah
Baginda juga sempat diberikan salam dan pelukan oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sebelum pasangan Diraja itu berkenan mengambil gambar.
Sejurus kemudian, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baharu, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak memaklumkan kepada media, akan ada satu sidang media khas mengenai keputusan mesyuarat khas itu, bertempat di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, 3 petang esok.
Firdaus Azil
Fri Jan 11 2019

Sejurus mesyuarat itu berakhir, baginda berkenan mengambil gambar kenang-kenangan bersama Kerabat Diraja, berserta Ahli Jumaah Pangkuan Diraja yang lain. - Foto Astro AWANI/Firdaus Azil
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

#AgongKita: Ucapan tahniah, daulat tuanku banjiri media sosial
Ucapan tahniah dan 'Daulat Tuanku' membanjiri media sosial sempena pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

Laungan "Daulat Tuanku" sambut kepulangan Sultan Ibrahim di Johor
Laungan "Daulat Tuanku" kedengaran sebaik kereta yang membawa Sultan Johor keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini.

'Daulat Tuanku' bergema di platform utama media sosial
Al-Sultan Abdullah pada masa sama turut menitahkan agar semua ahli politik untuk berhenti bermain politik

#AgongKita: Temu bual penuh bersama YDP Agong Al-Sultan Abdullah
Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng mencari sisi lain Raja kelahiran Pahang itu.

#AgongKita: Eksklusif bersama Yang di-Pertuan Agong di Astro AWANI
Astro AWANI berpeluang mendekati Al-Sultan Abdullah secara eksklusif selama hampir sejam dalam satu wawancara khas baru-baru ini.

Laungan "Daulat Tuanku" akhiri mesyuarat khas
Laungan "Daulat Tuanku" kedengaran beberapa kali sebelum Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja Pahang, yang dipengerusikan Pemangku Raja Tengku Abdullah tamat sepenuhnya.