Lawatan kedua Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Malaysia dijangka menimbulkan beberapa persoalan penting berhubung agenda utama yang sedang hangat diperkatakan di dalam negara.

Pemangku Keselamatan Nasional AS, Ben Rhodes dalam laporan agensi Khamis berkata pemimpin dunia itu akan menyentuh beberapa perkara termasuk status pihak pembangkang dan hak asasi manusia.

"Saya akan berterus-terang tentang beberapa perkara yang tidak dipersetujui dan perbezaan-perbezaan yang timbul terutamanya jika kita dapat mengenalpasti beberapa nilai universal yang tidak disokong atau dihormati," kata Rhodes kepada media di Sidang Kemuncak APEC ke-23 di Manila, Khamis.

Obama berada di Malaysia selepas beliau menghadiri mesyuarat APEC (di Manila) yang berakhir pada Khamis.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Lapangan Terbang Angkatan Tentera Malaysia di Subang pada Jumaat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 - Foto Bernama
Beliau dijadual akan menghadiri acara khas, US-Malaysia Bilateral Meeting yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak di ibu negara pada petang Jumaat.

Obama dijangka tiba di Lapangan Terbang TUDM, Subang, Selangor pada kira-kira jam 3 petang, Jumaat.

Kali pertama Obama mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur ialah pada 26 April, 2014.

Kami akan mengemaskini LIPUTAN LANGSUNG ini sepanjang lawatan beliau di sini.

[GALERI FOTO]: Lawatan Rasmi Presiden A.S. Barack Obama

AHAD (November, 22, 2015)

5.45 PETANG: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berlepas pulang selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan mesyuarat berkaitannya.

4.00 PETANG: Dengan menaiki kenderaan rasminya yang dikenali, The Beast, Presiden AS, Barack Obama kini sedang menuju ke Lapangan Terbang TUDM di Subang untuk berlepas pulang dengan menaiki pesawat Air Force One. Selamat tinggal, POTUS!

3.30 PETANG: Obama memulakan sidang media di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Sidang media itu dihadiri oleh media tempatan dan antarabangsa.

Obama antara lain menyeru masyarakat dan pemimpin dunia untuk tidak tunduk kepada ketakutan dalam usaha memerangi ancaman pengganas.




Dalam sidang media itu, Obama turut melahirkan rasa optimistik bahawa 12 negara yang terlibat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, TPPA akan meluluskan pakatan itu.

2.30 PETANG: Obama dijangka mengadakan sidang media di Ritz Carlton di sini, hari ini. Wartawan penyiaran dan krew Astro AWANI turut berada di sana untuk membuat liputan secara langsung sidang media itu.





11.58 PAGI: Dari Turki ke Filipina dan Malaysia, pemerhati politik melihat tugasan Obama yang kali ini jauh dari 'comfort zone' di White House yang kerap menyaksikan pemimpin dunia itu tersasar dari hasrat asal.

Apatah lagi, Obama sudah sepatutnya memanfaatkan janjinya tentang peralihan strategik ke atas Asia di saat-saat akhir beliau memegang tampuk pemerintahan dunia. Portal berita Reuters melaporkan, apa yang dilakukan oleh Obama sebaliknya adalah mengfokuskan masa dan tenaga terhadap serangan IS (Islamic State) yang berlaku puluhan ribu batu dari rantau ini.

11 PAGI: Persediaan bermula untuk Malaysia mengucapkan 'Terima Kasih' dan Selamat Jalan' kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dijangka berlepas pulang awal petang ini.

ASEAN SUMMIT
Presiden AS Barack Obama ketika Sidang Kemuncak Ke-3 ASEAN-Amerika Syarikat yang berlangsung sempena Persidangan Kemuncak ASEAN Ke-27 pada Sabtu. - Foto BERNAMA

10.50 PAGI: Bunyi siren polis kedengaran di sekitar ibu negara mengiringi kepala negara termasuk Obama menuju ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27, pagi ini.



kids
Presiden AS Barack Obama meluangkan masa melawat kanak-kanak di Dignity for Children Foundation, sebuah pertubuhan amal bagi pendatang asing dan kanak-kanak miskin bandar di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto BERNAMA





SABTU (November 21,2015)

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memulakan kunjungan rasmi hari kedua di Malaysia dengan menghadiri Sidang Pelaburan dan Perniagaan ASEAN di Hotel Shangri La di ibu negara.

4.00 PETANG: Obama turut berkesempatan untuk bertemu aktivis masyarakat tempatan bagi membincangkan isu berkenaan TPPA, rasuah dan hak asasi manusia.

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu antara lain turut membincangkan tuduhan rasuah yang membabitkan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Antara yang hadir termasuk Datuk Ambiga Sreenevasan mewakili Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam), Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel dan beberapa lagi.

2.15 PETANG: Obama berada di Dignity for Children Foundation di ibu negara untuk bertemu dengan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan pusat itu.

Dignity for Children Foundation merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu pelarian.



10:40 PAGI: Obama menyentuh isu berkenaan perjanjian perkongsian Trans-Pacific ( TPPA). Menurut beliau, TPPA akan membantu meningkatkan ekonomi sesebuah negara serta membuang semua halangan dan pasaran terbuka.




10:37 PAGI: Pemimpin dunia itu berkata mereka telah meluaskan kerjasama dengan pasaran baru seperti Malaysia dan Indonesia.


10.35 PAGI: Obama mengucapkan terima kasih kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 ini.


10.30 PAGI: Presiden Obama merakam ucapan takziah kepada mereka yang terlibat dalam insiden di Mali.


10:20 PAGI: Obama memulakan ucapan beliau di Persidangan Pelaburan dan Perniagaan ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.



JUMAAT [November 20, 2015]

8:02 malam:
Sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden AS Barack Obama.

Membasmi keganasan, IS, TPPA, perubahan iklim antara isu yang dibincangkan oleh kedua-dua negara.













7.24 malam: Media mula masuk dewan untuk sidang media susulan mesyuarat dua hala Malaysia-AS.



6.46 petang: Media tempatan masih menunggu kebenaran untuk masuk.



6.44 petang: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di KLCC.


6.37 petang: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba untuk mesyuarat dua hala Malaysia-AS.


6.29 petang: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


6.17 petang: Media masih menanti sebelum bermulanya mesyuarat dua hala Malaysia-Amerika Syarikat.

Ikuti laporan Rizal Zulkapli.





5.56 petang: Presiden Obama akhiri sesi soal jawab bersama sekumpulan pemimpin belia dari seluruh ASEAN di bawah komuniti Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI).

Beliau memberi nasihat agar semua dapat hormati antara satu sama lain untuk masa depan lebih terjamin.


5.52 petang: Presiden Obama berkata kita bukan sahaja perlu menerima perubahan tetapi bagaimana perubahan itu akan manfaat semua.


5.44 petang: Presiden Obama berkata pengguna di AS sudah mula berminat dengan produk organik.


5.30 petang: Nasihat Presiden Obama kepada golongan belia untuk terus berjaya



5.24 petang: Siapa sumber inspirasi Presiden Obama?


5.06 petang: Presiden Obama berkata ramai belia tidak pandang tinggi terhadap industri pertanian.



4.51 petang: Presiden Obama percaya semua manusia berpegang pada satu nilai asas yang sama. Beliau juga percaya 'suara yang boleh dipercayai' adalah penting untuk menjamin rakyat sesebuah negara dapat bersatu padu.



4.30 petang: Presiden Obama memuji usaha warga belia di rantau Asia Tenggara.


4.25 petang: "Belia yang akan menentukan masa depan ASEAN" - Presiden Obama


4.20 petang: "Anda ada kuasa untuk ubah dunia" - Presiden Obama


4.11 petang: Presiden Obama memulakan ucapan dalam sesi townhall YSEALI yang berlangsung di Taylor's University.


Saksikannya melalui live TV di sini.

3.30 petang: Pesawat Air Force One yang membawa Obama baru tiba di Lapangan Terbang TUDM di Subang.

TONTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia

3.11 petang: Sekumpulan pemimpin belia dari seluruh ASEAN di bawah komuniti Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) sudah bersedia untuk bertemu Presiden Obama.

Sesi town hall dijangka berlangsung jam 4 petang nanti, bertempat di Taylor's University, Petaling Jaya.


1.59 tengahari: Presiden Obama sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas berlepas dari Manila kira-kira sejam yang lepas.


President Barack Obama is on his way to Malaysia!

Posted by U.S. Embassy Kuala Lumpur on


1.44 tengahari: T- Shirt Edisi Khas (Collector's Edition) akan diberikan kepada likers bertuah laman Facebook U.S Embassy Kuala Lumpur.


12.59 tengahari: Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia melancarkan hashtag #ObamaInKL sempena menyambut kedatangan pemimpin dunia tersebut.

He's back!President Barack Obama will be arriving in Kuala Lumpur today! The President will be in Malaysia from...

Posted by U.S. Embassy Kuala Lumpur on


12.50 tengahari: Pengarang meja Bisnes Astro AWANI Rizal Zulkapli turut sibuk membuat persediaan untuk membuat liputan di acara khas, US-Malaysia Bilateral Meeting di ibu negara pada petang Jumaat.


11.30 pagi: Pihak media sibuk membuat persediaan untuk membuat liputan ketibaan Obama di Subang pada petang Jumaat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar Khamis berkata tahap keselamatan akan dipertingkatkan secara menyeluruh untuk Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

"Pemeriksaan keselamatan di semua pintu masuk dan keluar Malaysia telah ditingkatkan.

"Pihak keselamatan mengambil semua langkah berjaga-jaga dan tiada ruang untuk mengambil mudah. Tiada keutamaan lain selain keselamatan rakyat Malaysia dan tetamu kita," kata Khalid.

BACA: PDRM tingkatkan keselamatan untuk Sidang Kemuncak ASEAN di KL