Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lebih 12 jam berada dalam ibu pejabat suruhanjaya itu.
Rosmah keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 10.45 malam.
Beliau sebelum itu tiba kira-kira jam 9.50 pagi menaiki kereta Proton Perdana.
Turut sama, dua peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk K. Kumaraendran.
Rosmah sempat menjawab soalan wartawan yang mahu tahu keadaannya selepas disiasat lebih 12 jam.
BACA: Selepas lebih 7 jam di SPRM, mana Rosmah Mansor?
“Saya okay, alhamdulillah,” katanya.
Ini merupakan kali kedua Rosmah dipanggil ke suruhanjaya itu.
Beliau difahamkan memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes pengubahan wang haram.
Rosmah sebelum ini diberikan notis untuk hadir oleh pegawai SPRM pada pukul 10 pagi semalam.
Walaupun terdapat desas-desus mengatakan Rosmah akan didakwa hari ini, namun tiada sebarang pengesahan dibuat SPRM.
Sementara itu, peguam Rosmah, Datuk K. Kumaraendran berkata pihaknya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan setakat ini.
Rahimah Abdullah
Wed Sep 26 2018

Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya keluar dari Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas 12 jam beri keterangan.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Lebih 12 jam di SPRM, Rosmah Mansor akhirnya keluar
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas 12 jam beri keterangan.

Selepas lebih 7 jam di SPRM, mana Rosmah Mansor?
Walaupun lebih tujuh jam sudah memberi keterangan, kelibat isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum kelihatan keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tidak ada barang kemas dibeli dari tukang emas Lubnan, kata peguam Rosmah
Tuduhan yang disebarkan bahawa barang-barang kemas dibeli menggunakan dana yang dicuri, adalah tidak berasas dan tidak benar.