Lebih 3,000 etnik Benggali Muslim dari Bangladesh 'menyamar' menjadi pelarian Rohingya bagi mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), sejak 10 tahun lalu.
Menurut Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah Mohd Noor Abu Bakar, etnik berkenaan yang tinggal di wilayah kejiranan Chittagong, di Bangladesh, yang bersempadan dengan Myanmar, menggunakan ciri-ciri rupa paras dan warna kulit serta bahasa yang hampir sama dengan etnik Rohingya bagi mendapatkan kad UNCHR.
Melalui cara itu, etnik Benggali Muslim ini didakwa berlatih menggunakan loghat Rohingya dan bersiap sedia dengan soalan-soalan yang akan diajukan penemuduga UNHCR, bagi mendapatkan kad UNHCR tersebut.
Malah mereka juga mendakwa berasal dari Maungdaw, sebuah kawasan di negeri Rakhine, Myanmar yang banyak diduduki oleh etnik Rohingya, katanya.
Katanya kad UNHCR tersebut 'laku' bagi tujuan mencari pekerjaan di Malaysia, yang dianggap mereka sebagai lubuk emas kerana kestabilan dasar dan peluang pekerjaan yang luas.
"Etnik ini (Benggali Muslim) yang duduk bersempadan dengan Myanmar, masuk ke negeri Rakhine dan kemudian menyertai etnik Rohingya untuk menaiki bot ke Malaysia. Sedangkan mereka bukanlah pelarian," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.
Sementara itu, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata jika benar dakwaan tersebut, Persatuan Rohingya perlu mengambil langkah segera dengan membantu UNCHR mengenal pasti etnik Rohingya yang sebenarnya.
"Mereka (Persatuan Rohingya) perlu duduk berbincang dengan UNCHR dan maklumkan perkara ini kerana mereka lebih mengenali etnik Rohingya," katanya.
Ini kerana, katanya, dasar Malaysia menerima pelarian bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main, sebaliknya ia atas dasar perikemanusiaan.
"Jika tidak Malaysia tidak patut buka pintu kepada pelarian-pelarian yang mengambil kesempatan ini. Kita tidak mahu mereka mendatangkan masalah kepada negara," katanya.
Bernama
Mon Mar 14 2016
Terdapat etnik tertentu yang menggunakan ciri-ciri rupa paras dan warna kulit serta bahasa yang hampir sama dengan etnik Rohingya bagi mendapatkan kad UNCHR. - Gambar fail
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Kerajaan sasar REE dapat diproses tiga tahun akan datang - Rafizi
Rafizi berkata, teknologi untuk memproses REE hanya terdapat di China dan perbincangan lanjut berhubung perkara itu sedang dilaksanakan.
Malaysia-UAE kukuhkan komitmen hubungan dua hala
Antara yang turut dibincang adalah potensi kerjasama dalam sektor logistik dan pengurusan pelabuhan khususnya dalam penggunaan teknologi AI.
Aktivis di Rome gayakan pelbagai kostum unik ketika protes
Para aktivis iklim di Rome, Itali mengambil bahagian dalam perarakan 'Climate Pride' yang diadakan sebagai sebahagian daripada aksi global bersempena dengan mesyuarat COP29 yang berlangsung di Baku, Azerbaijan.
Antara isu yang diperjuangkan mereka yang mewakili lebih 70 organisasi alam sekitar termasuk Fridays for Future dan Greenpeace ialah menuntut agar kebergantungan kepada bahan bakar fosil dihentikan.
Antara isu yang diperjuangkan mereka yang mewakili lebih 70 organisasi alam sekitar termasuk Fridays for Future dan Greenpeace ialah menuntut agar kebergantungan kepada bahan bakar fosil dihentikan.
Pemandu maut, treler rempuh treler diparkir tepi jalan
Seorang pemandu maut apabila treler yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler lain yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 47, Jalan Ipoh -Lumut, dekat Bota, malam tadi.
Lawatan PM Anwar ke Brazil perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, perdagangan
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil yang berlangsung dari 16-19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkanĀ peluang perdagangan dan pelaburan.
Adik gagal selamatkan abang, mayat rentung di ruang tamu
Seorang lelaki ditemui rentung di kediaman rumahnya dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Karamunting, Sabah pada pagi Ahad.
Pacuan empat roda terbabas ke dalam kedai pakaian
Di Johor, kemalangan dua buah kenderaan menyebabkan salah satu daripadanya terbabas dan masuk ke dalam sebuah kedai pakaian.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berlaku apabila sebuah pacuan empat roda Nissan Navara terlanggar sebuah kereta Honda Civic di Jalan Niaga Utama/Jalan Yusof di Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berlaku apabila sebuah pacuan empat roda Nissan Navara terlanggar sebuah kereta Honda Civic di Jalan Niaga Utama/Jalan Yusof di Kota Tinggi.
MINDEF sedia teliti keperluan beli unit baharu
Kementerian Pertahanan bersedia meneliti keperluan membeli helikopter baharu, sekiranya Tentera Darat Malaysia (TDM) gagal menyewa aset udara yang diperlukan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, perolehan aset udara tersebut memakan masa berikutan kekurangan helikopter yang diperlukan dalam pasaran.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, perolehan aset udara tersebut memakan masa berikutan kekurangan helikopter yang diperlukan dalam pasaran.
Lebih 3,000 etnik Benggali Muslim menyamar jadi Rohingya dapatkan kad UNHCR
Mereka juga mendakwa berasal dari Maungdaw, sebuah kawasan di negeri Rakhine, Myanmar yang banyak diduduki oleh etnik Rohingya.