Seramai 3,407 individu berketurunan India yang memegang status pemastautin tetap (PR) dan berusia 60 tahun ke atas akan diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemastautin tetap yang berusia bawah 60 tahun pula boleh mendapat taraf warganegara sekiranya mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
"Antara syaratnya adalah bagi individu tersebut untuk lahir di negara ini dan salah seorang daripada ibu atau ayah mereka merupakan warganegara Malaysia," kata Dr Mahathir.
Tambah beliau, salah satu janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) adalah menyelesaikan masalah kerakyatan kaum India.
"Golongan ini kita akan terus bagi kad (pengenalan) biru dan dianggap sebagai warganegara," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Apabila ditanya apakah status bagi mereka yang lebih muda daripada 60 tahun namun menghadapi masalah yang sama, Dr Mahathir berkata jika ada asas seperti anak yang dilahirkan oleh satu ibu atau bapanya adalah orang Malaysia, maka individu itu berhak dianggap menjadi warganegara Malaysia.
Hafiz Marzukhi
Tue Aug 14 2018
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
Banjir di sembilan negeri memburuk, hampir 100,000 dipindahkan setakat petang ini
Situasi banjir di lapan negeri kian buruk dengan angka keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 96,883 orang setakat 4 petang ini.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pahang bina pangsapuri bantu orang muda dan B40 miliki rumah
Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir.
Dialog Anak Muda: Pantau Agenda Reformasi
Apa penilaian anak muda berdasarkan prestasi dua tahun pentadbiran kerajaan perpaduan? Agenda reformasi, kalau tidak dibuat apa jadi? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam.
RMHC Malaysia komited ringankan beban keluarga dengan 10,000 Pek Kembali ke Sekolah
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) meneruskan komitmennya membantu kanak-kanak kurang berkemampuan menerusi Program Pek Kembali ke Sekolah, yang kini memasuki tahun kesembilan pelaksanaannya.
Situasi lebih buruk banding 2014, PPS tambahan sedia diaktif
Kerajaan sedia untuk mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) tambahan sekiranya jumlah sedia ada yang telah digazetkan sebelum ini tidak cukup untuk menampung jumlah mangsa banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat, beliau telah memberikan kebenaran khas untuk tindakan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat, beliau telah memberikan kebenaran khas untuk tindakan tersebut.
Malaysia sumbang RM1.5 juta bantuan kemanusiaan kepada Lubnan
Malaysia menghulurkan sokongannya kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusiaan, menekankan solidariti berterusan negara dengan rakyat Lubnan dan usaha membina keamanan.
RMHC Malaysia sumbang 10,000 Pek Kembali ke Sekolah buat kanak-kanak kurang berkemampuan
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) meneruskan komitmennya membantu kanak-kanak kurang berkemampuan menerusi Program Pek Kembali ke Sekolah.
Situasi di Terengganu memburuk, ada yang terperangkap tanah runtuh
Wakil Astro AWANI, Nur Fazlizai Ali membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Terengganu termasuk tiga mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Profesor universiti gesa semak kewarganegaraan Agnes Monica
Menurut Hikmahanto, Ketua Pengarah Imigresen harus memeriksa status kewarganegaraan Agnes Monica atau kini lebih dikenali sebagai Agnez Mo.