Sebanyak 5,153,238 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 telah diluluskan kerajaan setakat ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.
Najib berkata bayaran pertama BR1M akan diagihkan secara berperingkat bermula esok.
"Dari segi peringkat umur, kumpulan tertinggi diluluskan adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas.
"Sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1,200 manakala 243,434 bagi bantuan RM900 dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450," katanya menerusi catatan terbaharu menerusi laman blognya, www.najibrazak.com.
Katanya mengikut pecahan negeri, Selangor mencatatkan kelulusan tertinggi dengan 666,316 permohonan serta Sabah dan Sarawak yang masing-masing sebanyak 477,482 dan 537,588 permohonan.
Najib pada masa sama turut menyelar tindakan pembangkang yang acap kali mempolitikkan dan memperlekehkan pemberian BR1M kepada rakyat dengan mengatakan bantuan itu sebagai dedak, usaha memancing undi, dan rasuah.
Katanya pembangkang perlu lebih sensitif kerana penerima menggunakan BR1M untuk membeli keperluan harian dan sebagainya.
"Janganlah menggunakan bahasa kesat, mengelirukan dan merendahkan martabat mereka hanya untuk kepentingan politik.
"BR1M tidak seharusnya dipolitikkan. Berhentilah juga mengatakan saban tahun negara akan muflis, walhal saban tahun juga jumlah BR1M dinaikkan bagi lebih membantu mereka yang memerlukan," katanya.
Perdana Menteri menegaskan BR1M adalah bantuan ikhlas kerajaan kepada mereka memerlukan, yang tidak mengira kaum, agama, mahupun pegangan parti politik dan diagihkan mengikut kelayakan serta kriteria ditetapkan berdasarkan pendapatan perseorangan atau seisi rumah.
BR1M adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017
![Lebih 5 juta permohonan BR1M 2017 diluluskan setakat ini - PM Najib Lebih 5 juta permohonan BR1M 2017 diluluskan setakat ini - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71449157213_BRM.jpg)
Bayaran pertama BR1M akan diagihkan secara berperingkat bermula esok. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Poster pemberian bantuan kepada rakyat palsu - Fahmi Poster pemberian bantuan kepada rakyat palsu - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669558177_TBFAHMIPOSTERPALSU.jpg)
Poster pemberian bantuan kepada rakyat palsu - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, poster yang tular menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan pemberian bantuan kepada rakyat adalah berita palsu.
![PRU15: Bantuan rakyat mesti bebas simbol politik - Rais PRU15: Bantuan rakyat mesti bebas simbol politik - Rais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653325874_TBRAIS.jpg)
PRU15: Bantuan rakyat mesti bebas simbol politik - Rais
Sebarang bantuan untuk rakyat haruslah bebas daripada lambang parti politik kerana ia satu bentuk sogokan dan pengaruh undi kepada parti tertentu.
![Masih ada ruang fiskal untuk terus bantu rakyat - PM Masih ada ruang fiskal untuk terus bantu rakyat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627135154_MuhyiddinYassin.jpg)
Masih ada ruang fiskal untuk terus bantu rakyat - PM
Kerajaan masih mempunyai ruang fiskal walaupun terhad bagi membiayai pakej rangsangan ekonomi untuk terus membantu rakyat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
![PEMULIH: RM18 juta sebagai tambahan perkhidmatan bank bergerak PEMULIH: RM18 juta sebagai tambahan perkhidmatan bank bergerak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624872554_MuhyiddinYassin.jpg)
PEMULIH: RM18 juta sebagai tambahan perkhidmatan bank bergerak
Ia merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
![PKP: BKSS 6.0 bernilai RM1.4 bilion dilancar Kerajaan Sarawak demi rakyat PKP: BKSS 6.0 bernilai RM1.4 bilion dilancar Kerajaan Sarawak demi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621079709_AbangJohari.jpg)
PKP: BKSS 6.0 bernilai RM1.4 bilion dilancar Kerajaan Sarawak demi rakyat
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia merangkumi 15 langkah yang telah diputuskan kerajaan negeri dengan perbelanjaan RM1.4 bilion.
![MBS bantu kerajaan hulur sumbangan, tiada yang tercicir MBS bantu kerajaan hulur sumbangan, tiada yang tercicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51593401215_majlisbeliasabah.jpg)
MBS bantu kerajaan hulur sumbangan, tiada yang tercicir
Lebih 35,000 ketua keluarga menerima manfaat daripada Program Dapur Belia Sabah yang diselaraskan oleh Majlis Belia Sabah (MBS) sepanjang pandemik COVID-19.
![Sarawak umum pakej BKSS 3.0 bantu ekonomi rakyat Sarawak umum pakej BKSS 3.0 bantu ekonomi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81588928316_Sarawak.jpg)
Sarawak umum pakej BKSS 3.0 bantu ekonomi rakyat
Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 dengan dana tambahan RM290 juta bagi membantu rakyat di negeri itu yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
![COVID-19: Sabah umum pakej rangsangan ekonomi esok COVID-19: Sabah umum pakej rangsangan ekonomi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41585044596_ShafieApdal.jpg)
COVID-19: Sabah umum pakej rangsangan ekonomi esok
Kerajaan Sabah akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi esok bagi membantu rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19 di negeri ini.
![Pas minta kerajaan terus bantu rakyat berkonsep BR1M Pas minta kerajaan terus bantu rakyat berkonsep BR1M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51535284866_HadiAwang.jpg)
Pas minta kerajaan terus bantu rakyat berkonsep BR1M
Bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah atau miskin wajar diteruskan bagi meringankan bebanan kewangan mereka.
![Kenyataan Mokhzani tentang penerima BR1M bersifat angkuh - Vell Paari Kenyataan Mokhzani tentang penerima BR1M bersifat angkuh - Vell Paari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61445247778_VellPaari.jpg)
Kenyataan Mokhzani tentang penerima BR1M bersifat angkuh - Vell Paari
Datuk Seri S. Vell Paari menyifatkan kenyataan Tan Sri Mokhzani Mahathir tentang penerima BR1M sebagai tidak bertanggungjawab dan angkuh.