Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara berkaitan pertanian di lokasi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang terletak di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) tahun depan.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu dilaksanakan selepas mengambil kira kejayaan MAHA 2016 yang berjaya mencatat kehadiran 3.7 juta pengunjung dalam tempoh dua minggu acara itu dianjurkan.
"Penganjuran MAHA 2016 bukan sahaja menunjukkan orang ramai semakin berminat dalam bidang pertanian malah kejayaannya boleh dilihat dalam pelbagai sudut iaitu dari segi pendidikan dan pelancongan.
"Ada keluarga yang menjadikan acara MAHA satu tempat percutian buat keluarga mereka. Justeru kami telah berbincang dan maklumkan kepada Kabinet satu pelan induk baharu akan dibuat agar diperbanyakkan acara berkaitan pertanian di tapak MAHA itu khususnya pada musim cuti sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis jamuan rakyat dan kenduri kesyukuran sempena kejayaan Pak Sabri Duta Madu Kelulut di pekarangan Masjid Bukit Kuang, di sini hari ini.
Ahmad Shabery menarik perhatian bahawa menerusi MAHA 2016 juga kementerian dapat mengesan perkembangan positif industri hiliran yang berasaskan produk-produk pertanian hingga usahawan tani berjaya mengeksport produk mereka ke pasaran antarabangsa.
"Kami lihat industri hiliran semakin maju ke depan dengan cara pembungkusan yang lebih moden. Insya-Allah kami akan kembangkan lagi dalam usaha memastikan lebih ramai usahawan dapat memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa kerana menerusi eksport kita dapat meningkatkan pendapatan negara dan
mengukuhkan mata wang kita," katanya.
Mengulas acara itu yang dikatakan berjaya menarik ramai golongan muda untuk menjadi petani moden, beliau berkata generasi muda kini sudah mula melihat pertanian adalah satu bidang yang mampu menjana pendapatan tinggi dan bukan lagi satu bidang 'kampungan'.
"Mereka kini memandang bidang pertanian dapat memberi masa depan yang cerahdan sesuatu yang menarik. Dari segi kementerian, kami ada pelbagai program bagi membantu golongan muda untuk menjadi usahawan tani ini untuk berjaya dalam bidang ini seperti Agropreneur Muda dan 'Agro Trooper'.
"Menerusi program tersebut mereka dapat membangunkan produk-produk yang lebih bersifat inovatif, berkualiti serta menawarkan harga pasaran yang lebih kompetitif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2016

AHMAD SHABERY: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara berkaitan pertanian di lokasi MAHA yang terletak di MAEPS. - Gambar fail
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Lebih banyak acara di MAEPS tahun depan - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara berkaitan pertanian di lokasi MAHA yang terletak di MAEPS tahun depan.