Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat sistem sekolah satu aliran dijangka mampu memperkasakan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini yang berbilang kaum.
Beliau melihat sistem yang menempatkan semua pelajar dari segenap bangsa atau etnik di bawah satu bumbung dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama dapat membentuk masyarakat Malaysia yang lebih erat.
"Dalam dunia yang ideal, itu sepatutnya yang berlaku.
"Secara peribadi, saya tidak menolak bahawa lebih baik jika kita ada sekolah satu aliran di mana semua pelajar boleh belajar bahasa ibunda mengikut bangsa masing-masing sebagai subjek dan bahasa pengantar bagi subjek-subjek lain adalah bahasa kebangsaan, demi perpaduan," katanya.
Bagaimanapun, Khairy yang menggulung perbahasan sidang Parlimen Belia Malaysia sesi tiga penggal pertama yang ditangguhkan pada Selasa mengakui pelaksanaan cadangan itu tidak mudah.
Ia kerana pelaksanaan sistem persekolahan yang diguna pakai ketika ini dibentuk daripada perjanjian sejak merdeka lagi.
"Ini sistem yang dipersetujui oleh para pengasas negara kita, yang mana kita ada sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular yang mengajar mengguna bahasa ibunda mereka.
"Sekiranya kita nak berpindah ke sistem satu aliran, perlu mendapat persetujuan semua atau setidak-tidaknya majoriti terlebih dahulu," jelasnya.
125 perwakilan belia membahaskan empat usul dalam sesi kali ini di Dewan Rakyat yang berlangsung selama dua hari.
Selain usul cadangan sekolah satu aliran, turut dibahaskan usul program penguasaan Bahasa Inggeris di luar bandar, usul menambah baik sistem pengurusan kewangan dan dana politik serta usul mengawal selia pengedaran, penjualan dan penghasilan rokok elektronik (vape) di Malaysia.
Setiap usul yang dibahas dan cadangan yang diputuskan dalam persidangan tersebut akan dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.
Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas dan ia antara lain bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini serta akan datang.
Terdapat sembilan jawatankuasa dalam sistem Parlimen Belia ini iaitu Sosioekonomi; Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik; Keselamatan, Undang-undang dan Integriti; Pendidikan dan Kerjaya; Kebudayaan, Sukan, Patriotisme dan Integrasi; Infrastruktur, Pembangunan dan Alam Sekitar; Komuniti Pembangunan dan Kesihatan; Teknologi dan Inovasi; serta Rohani dan Agama.
Israr Khalid
Tue Sep 22 2015
KHAIRY JAMALUDDIN: Sekiranya kita nak berpindah ke sistem satu aliran, perlu mendapat persetujuan semua atau setidak-tidaknya majoriti terlebih dahulu. -Gambar fail
Astro S+V, bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro Malaysia Holdings Bhd. memperkenalkan Astro Sound+Vision (S+V), sebuah perkhidmatan pasca produksi terkemuka oleh Astro Studios Sdn. Bhd, yang direka khas untuk penggiat industri perfileman dalam dan luar negara.
Indikator kos sara hidup diambil kira dalam penyasaran subsidi RON95 - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, indikator itu merangkumi statistik Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup (IKSH) yang dibangunkan Jabatan Perangkaan Malaysia.
COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon.
11 lelaki Indonesia mengaku salah miliki 4,000 kg minyak masak
Sebelas lelaki warga Indonesia mengaku bersalah memiliki bahan kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000 kilogram tanpa lesen sah.
"Kenapa sampai sekarang beras putih tempatan hampir tiada di pasaran?" - Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu turut mempersoalkan beras import lebih banyak berbanding beras tempatan di pasaran hingga menimbulkan persepsi beras import yang dijual itu sepenuhnya beras tempatan.
Amaran hujan tahap buruk di Johor, Pahang hingga 23 Nov
Keadaan cuaca itu dijangka melanda kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
3,334 kes penderaan haiwan dilaporkan berlaku di Selangor
Menurut Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah tersebut, 3,334 kes berlaku di Selangor. Justeru katanya, adakah Jabatan Veterinar mampu mengendalikan kes penderaan haiwan?
Perobohan Stadium Shah Alam capai kemajuan 45.81 peratus setakat 30 Okt
Beliau berkata peratusan itu menunjukkan kemajuan peningkatan kerja tiga hari lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan sejak stadium itu mula dirobohkan pada Julai.
Kenapa peruntukan MARDI dikurangkan, soal Ahli Parlimen Rasah
Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin berkata, MARDI perlu diberikan peruntukan yang lebih untuk menjalankan R&D dengan baik bagi menghasilkan baka dan benih tanaman yang baharu.