Kerajaan mahu lebih ramai bakal guru memohon menceburi bidang pendidikan khas memandangkan banyak kekosongan perjawatan berkenaan di seluruh negara pada masa kini.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata bidang pendidikan khas adalah antara sektor yang perlu diberi perhatian semua pihak bagi membantu kerajaan meningkatkan pencapaian dan perubahan dalam pendidikan negara.
Mengambil contoh di Selangor, beliau berkata terdapat 56 kekosongan guru pendidikan khas dan 207 jawatan pembantu pengurusan murid diperlukan di sekolah menengah dan sekolah rendah jenis berkenaan setakat ini.
"Untuk jumlah di seluruh negara, saya rasa keperluannya (guru pendidikan khas) pasti lebih tinggi. Disebabkan itu, kerajaan menyeru bakal guru memohon untuk menceburi bidang ini dan kami pasti akan mengambil lebih banyak guru dan pembantu pengurusan murid bagi memenuhi keperluan tersebut pada masa depan," kata Teo ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2018, di sini malam tadi.
Terdahulu, Teo membacakan teks ucapan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek yang mahu masyarakat menyediakan ruang dan peluang sama rata kepada golongan berkeperluan khas bagi memastikan mereka turut dapat memberi sumbangan kepada negara.
"Kerajaan juga melihat bidang kemahiran dapat membantu golongan kurang upaya meningkatkan keupayaan diri tanpa perlu mengharapkan belas ehsan orang lain.
"Selain Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan akses pendidikan kepada MBK (Murid Berkeperluan Khas), penawaran aliran kemahiran dan vokasional serta memperkenalkan program transisi kepada golongan itu merupakan satu langkah bijak dalam usaha kerajaan menangani isu tenaga kerja mahir dalam kalangan rakyat di negara ini," kata Maszlee.
Sehingga Oktober tahun lepas, terdapat 78,310 MBK berdaftar bagi mengikuti pendidikan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai manifesto Pakatan Harapan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah persendirian Cina, Teo berkata perkara itu ada dibincangkan di peringkat kementerian baru-baru ini namun ia masih di peringkat awal rundingan.
Beliau berkata pihaknya dijadualkan berjumpa Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina ( Dong Zong) pada 13 Julai ini untuk berbincang dan mengumpul maklumat lanjut mengenainya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 06 2018

Teo Nie Ching (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Olahragawati kepada atlet olahraga Nur Alia Adiela Natasya Ibrahim, 17, (dua, kanan) pada majlis di Klang malam tadi. --fotoBERNAMA

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Rasuah RM53 bilion di Indonesia, 7 individu ditahan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian pada Rabu.
AWANI Ringkas: Semua saksi dipanggil minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aerotren KLIA siap 86 peratus, dijangka beroperasi suku tahun 2025
Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Anak pemilik kebun buah didenda RM3,000 ugut Menteri Pelancongan
Anak tauke kebun buah didenda mengugut mahu mengancam nyawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
PAC syor LHDN tambah baik proses pentaksiran cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan lima langkah penambahbaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memastikan kutipan cukai lebih efisien.
Laporan Ketua Audit Negara dicadang dibahas peringkat DUN
Kerajaan negeri dicadang untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.