Lebih ramai individu yang menyertai Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah akan ditahan sebelum didakwa di mahkamah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu, senarai individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu telah dikenal pasti namun pihak polis tidak akan mendedahkan senarai nama berkenaan.
Jelasnya tidak timbul isu ketidakadilan kuasa daripada polis kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemimpin utama kumpulan berkenaan.
"Kita berharap dengan penangkapan pemimpin berkenaan ia merupakan satu isyarat daripada pihak polis dan bahawa undang-undang dan akta sedia ada perlu dihormati meskipun perhimpunan itu diteruskan.
"Tidak timbul isu ketidakadilan kuasa kerana bukan satu pihak sahaja yang ditahan, dan akan ramai lagi ditangkap," katanya kepada pemberita selepas meninjau mangsa banjir di Kampung Simpang Tiga, Rungkup di sini hari ini.
LAPOR LANGSUNG: Bersih 5 di Kuala Lumpur
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup dan Pegawai Daerah Bagan Datoh Datuk Hamzah Hussin.
Justeru itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kuasa dan pelaksanaan undang-undang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Pengerusi gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos dan pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah merupakan antara 14 individu yang ditahan semalam dan awal pagi ini berkaitan perhimpunan haram yang diadakan di ibu kota hari ini.
Pada 8 Nov lalu, Khalid berkata kedua-dua notis telah dihantar kepada kedua-dua kumpulan berkenaan kerana tidak memenuhi prasyarat untuk menganjurkan perhimpunan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diadakan pada hari ini.
Dalam lawatan itu, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh turut menyampaikan barangan keperluan asas dan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa banjir. -- Bernama
Bernama
Sat Nov 19 2016

AHMAD ZAHID: Senarai individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu telah dikenal pasti namun pihak polis tidak akan mendedahkan senarai nama berkenaan.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Kenapa Maria Chin tidak boleh 'disentuh'? - Syed Ali
Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA perlu dilihat secara rasional dan tidak dibayangi oleh kepentingan politik pihak tertentu.

Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas
Mereka ditahan pada 19 November lalu semasa perhimpunan bersih berlangsung di sekitar ibu negara, manakala dua ahli Parlimen lagi ditahan di kediaman mereka.

Bersih 5 bukan revolusi rakyat - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menggesa jentera parti bergerak terus ke hadapan dan menganggap tiada sebarang ancaman mahupun benda baharu dalam perhimpunan Bersih 5 baru-baru ini.

Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan perhimpunan Bersih 5.

Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
Nur Jazlan turut memaklumkan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi individu akan dipanggil polis kerana menyertai Bersih 5.

Bersih tetap diteruskan, solidariti buat Maria Chin dan empat pemimpin lain - Shahrul
Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari memaklumkan, perhimpunan Bersih akan terus diadakan meskipun tindakan keras dikenakan.

Peniaga sila tuntut ganti rugi daripada DBKL, kata Bersih
Ketua Bersih Johor, Thomas Fann menegaskan, kerugian yang dialami para peniaga dan penjaga itu bukan disebabkan oleh pihaknya.

'UMNO Perak tidak terlibat perhimpunan Baju Merah'
Tiada penglibatan dalam perhimpunan itu malah tidak pernah berbincang mengenainya sama ada di peringkat negeri dan bahagian, kata MB Perak.

'Demonstrasi jalanan tidak selesai masalah'
Beberapa pemimpin negara berkata jika kumpulan itu berhasrat menukar kepimpinan negara, lakukan menerusi pilihan raya.

Bersih 5: Tian Chua, Zuraida ditahan polis
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang ditahan polis di kediamannya pada Sabtu malam berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 5.