Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta dirampas dan disita setakat ini susulan penahanan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian disyaki terlibat dalam rasuah.
Dalam penemuan terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai RM2.6 juta daripada peti simpanan beberapa bank.
Menurut sumber SPRM, rampasan terbaharu itu dilakukan setelah SPRM membuka peti simpanan emas di sebuah bank dan merampas jongkong emas seberat lapan kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta.
"SPRM turut membuka beberapa peti simpanan di bank lain dan merampas wang tunai hampir RM1 juta termasuk AUD80,000," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
BACA: KKLW sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan rasuah - Ismail Sabri
BACA: KSU kementerian, dua anak lelaki direman tujuh hari
Semalam, SPRM merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta selepas menahan KSU yang bergelar 'Datuk' dan berusia 59 tahun bersama dua anak lelakinya yang berumur 29 tahun dan 34 tahun di kediaman mereka di USJ, Subang Jaya, dekat sini.
Selain itu, sumber itu berkata pihaknya turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima milik anak suspek di rumahnya di USJ, Subang Jaya, hari ini.
Sumber itu turut memberitahu, suspek-suspek berkenaan dipercayai mempunyai lebih 10 lot tanah di atas nama anggota keluarganya di sekitar Lembah Klang, namun SPRM masih sedang melakukan pengesahan serta menilai tanah-tanah terbabit.
"SPRM juga akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan sama ada suspek berkenaan pernah membuat sebarang pembayaran cukai sejak 2010 lepas," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan memberikan butiran.
Beliau berkata tiada tangkapan baharu dilakukan setakat ini.
Walaubagaimanapun, Azam tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes itu.
KSU dan kedua-dua anaknya itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 11 Jan bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2017
![Lebih RM5 juta wang tunai dan jongkong emas dirampas Lebih RM5 juta wang tunai dan jongkong emas dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41483586922_SPRM.jpg)
Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta dirampas dan disita setakat ini susulan penahanan KSU sebuah kementerian. - fotoBERNAMA
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000 Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000
Koperal Muhammad Arieff Marhalim, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
![Pemandu lori didakwa sembunyi mesin ATM jongkong emas Pemandu lori didakwa sembunyi mesin ATM jongkong emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733295372_tbsembunyiATMpema.jpg)
Pemandu lori didakwa sembunyi mesin ATM jongkong emas
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan menyembunyikan mesin juruwang automatik (ATM) emas Public Gold, baru-baru ini.
![Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714113608_TBdokumenpalsuj.jpg)
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
![Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713865767_jongkongemasjpg.jpg)
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
![Wanita berputih mata, peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai lesap Wanita berputih mata, peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai lesap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709554921_TBAshariAbuSamah.jpg)
Wanita berputih mata, peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai lesap
Seorang wanita berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri.
![Bebas tuduhan perdaya beli jongkong emas, bekas pengurus bank didakwa pula 47 pertuduhan tipu Bebas tuduhan perdaya beli jongkong emas, bekas pengurus bank didakwa pula 47 pertuduhan tipu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690450567_TBCourtHammer.jpg)
Bebas tuduhan perdaya beli jongkong emas, bekas pengurus bank didakwa pula 47 pertuduhan tipu
Seorang bekas pengurus perhubungan sebuah bank dihadapkan ke mahkamah atas 47 pertuduhan menipu melibatkan kerugian RM3.1 juta.
![Penipuan pelaburan forex: 'Datuk' ditahan, polis rampas barangan RM127 juta Penipuan pelaburan forex: 'Datuk' ditahan, polis rampas barangan RM127 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641392688_TBFOREXRAMPAS.jpg)
Penipuan pelaburan forex: 'Datuk' ditahan, polis rampas barangan RM127 juta
Polis menahan 10 individu, termasuk seorang bergelar "Datuk", disyaki terlibat dalam skim penipuan pelaburan forex di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.
![Bekas pengurus perhubungan bank didakwa pecah amanah, beli tujuh jongkong emas Bekas pengurus perhubungan bank didakwa pecah amanah, beli tujuh jongkong emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61584757958_GoldBar.jpg)
Bekas pengurus perhubungan bank didakwa pecah amanah, beli tujuh jongkong emas
Mohd Saibulrijal Mohd Saad bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
![Dua didakwa buat hantaran palsu berhubung kehilangan jongkong emas di kuil Batu Caves Dua didakwa buat hantaran palsu berhubung kehilangan jongkong emas di kuil Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622638900_TBSELEBRITIDIDAKWA.jpg)
Dua didakwa buat hantaran palsu berhubung kehilangan jongkong emas di kuil Batu Caves
Seorang lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi palsu berhubung kehilangan jongkong emas.
![Pukul pengawal peribadi berpuasa: PDRM dalam proses sita harta suspek Pukul pengawal peribadi berpuasa: PDRM dalam proses sita harta suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618740720_PukulPengawal.jpg)
Pukul pengawal peribadi berpuasa: PDRM dalam proses sita harta suspek
Bukit Aman juga menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.