Denda sebanyak RM90,830 melibatkan 367 kes dikenakan terhadap perokok oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka tahun lepas kerana merokok di kawasan larangan merokok di negeri ini.
Timbalan Exco Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Anti Dadah Melaka Datuk Ng Choon Koon berkata denda sejumlah RM11,850 melibatkan 48 kes pula dikenakan kepada perokok untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
"Mereka diambil tindakan itu kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 iaitu merokok di kawasan larangan merokok yang diwartakan di bawah peraturan tersebut.
"Kami akan bekerjasama dengan jabatan kesihatan dan agensi berkaitan dalam menguatkuasakan perintah larangan merokok di kawasan yang telah diwartakan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Melaka mempunyai lima Zon Melaka Bebas Asap Rokok iaitu Bandaraya Warisan Dunia meliputi Jalan Jonker dan Jalan Kota, Melaka Raya, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Pusat Bandar Alor Gajah dan Pusat Bandar Jasin.
Taman awam dan taman negara telah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok bermula 1 Feb lepas selaras dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau, untuk menjadikan Malaysia, negara yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045.
Sehubungan itu, bermula 1 Jun tahun ini tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati merokok di taman-taman awam dengan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Mengulas mengenai pewartaan taman sebagai tempat larangan merokok, Ng berkata pendidikan masyarakat terhadap langkah itu akan dijalankan melalui pengedaran risalah larangan dan individu yang ditahan melanggar peraturan ini sebelum tarikh berkuat kuasa akan diberikan amaran bertulis.
"Kami akan melaksanakan aktiviti hebahan secara rutin dan bersepadu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai beberapa peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengawal kegiatan merokok di negara ini.
"Justeru, perokok dinasihatkan agar sentiasa menghormati undang-undang dan prihatin terhadap kesan bahaya asap rokok pasif kepada orang sekeliling," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2017
Perokok dinasihatkan agar sentiasa menghormati undang-undang dan prihatin terhadap kesan bahaya asap rokok pasif kepada orang sekeliling. - Gambar hiasan
Sikap positif PM gambaran keterbukaan terima kritikan
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan perdana menteri dalam menerima kritikan.
Persiapan berjalan sepanjang tahun, gembleng kerjasama komuniti
Paling dititikberatkan ialah penyelarasan antara agensi kerajaan bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan baik, menerusi mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana melibatkan kerajaan pusat, negeri, tempatan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
Malaysia-Vietnam sepakat perkasa Grid kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
Waran ICC langkah kritikal mempertanggungjawab pemimpin Israel - BDS
BDS menyeru negara agar mengambil tindakan lebih lanjut dengan memenuhi kewajipan mereka untuk mengenakan sekatan sasaran ke atas Israel.
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
Tumpuan Jumaat – 22 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Pengasuh didenda RM8,000, campur ubat selesema dalam susu bayi 18 hari
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah denda bekas penjaga gol Arsenal
Lehmann dituduh pendakwa raya menggergaji rasuk bumbung di garaj, pada Julai 2022.
Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.
Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS
Uber telah memindahkan data peribadi pemandu teksi Eropah ke AS dan gagal melindungi data dengan sewajarnya.
Mahkamah denda penyanyi pop Jerman kerana buat tabik Hitler
Muller didapati bersalah oleh mahkamah di bandar Leipzig, kerana menggunakan simbol organisasi yang tidak berperlembagaan dan pengganas.
Rasuah pegawai DBKL: Enam termasuk seorang warga asing didenda
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
EURO 2024: Sepanyol sedia bayar denda turunkan Lamine Yamal
SEPANYOL mungkin berdepan risiko melanggar undang-undang Jerman jika menurunkan ayam tambatan, Lamine Yamal dalam kesebelasan utama pada final Euro 2024 menentang England pada Isnin.
Pemuzik jalanan ajar isteri tentang Millah Abraham dihukum penjara sebulan, denda RM2,000
Norasid mengaku mengajar isterinya ajaran sesat berkaitan Millah Abraham di Felda Palong 3, Gemas, tahun lepas.
EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, berpuas hati dengan keputusan UEFA yang tidak menggantung Jude Bellingham.