Seorang penganggur dipenjara 14 tahun dan diperintah dikenakan 22 sebatan hari ini selepas merogol seorang rakan Facebook Malaysia beberapa jam sahaja setibanya wanita itu di Singapura, demikian Straits Times melaporkan.
Laporan itu berkata Yap Jun Cheng, kini 26, mengaku bersalah di mahkamah kerana melakukan tiga jenayah seksual terhadap wanita itu yang ketika itu berusia 20 tahun.
Dia mengaku merogol, menyetubuhi dan mencabulinya di flatnya di Tampines pada 4 Mac, 2013, kata laporan itu.
Menurut laporan, wanita itu memutuskan pergi ke Singapura untuk mencari kerja pada Februari 2013.
Oleh kerana beliau tidak biasa di sini, beliau menghubungi Yap, ketika itu 22, menerusi Facebook dan memintanya menunjukkan kawasan sekitar.
Yap, yang pada masa itu menjalani perkhidmatan negara dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura, menemuinya di stesen MRT Paya Lebar dengan memakai uniform sekitar 9.30 pagi dan membawa wanita itu ke rumahnya selepas menyatakan dia hendak menukar pakaian.
Yap kemudian menarik wanita itu yang menjadi rakan Facebooknya pada 2011, ke bilik tidurnya, mengunci pintu dan mengaku menyukainya. Yap kemudian mencabul wanita itu sebelum merogolnya.
Setelah selesai, Yap tiba-tiba memberitahu mangsanya dia akan membunuhnya.
"Mangsa menjadi amat takut. Beliau melakukan segala usaha untuk keluar dari bilik itu hidup-hidup, tidak kira betapa hina dan rendah caranya," Timbalan Pendakwa Raya David Khoo dipetik berkata.
Yap memaksa wanita itu melakukan seks oral kepadanya dan wanita itu mematuhinya kerana takut.
Yap merogolnya sekali lagi di bilik tidur sebelum mereka keluar dari flat itu bersama.
Laporan itu berkata sepupu iparnya mengesan ada sesuatu yang tidak kena bila mengambil wanita itu di Malaysia dan wanita itu menceritakan pengalaman pahitnya.
Mereka kembali ke Singapura untuk membuat laporan polis pada hari berkenaan.
Kerana merogol, Yap boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat, kata laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2017
Timbalan Pendakwa Raya David Khoo berkata, mangsa menjadi amat takut dan melakukan segala usaha untuk keluar dari bilik itu hidup-hidup, tidak kira betapa hina dan rendah caranya. - Gambar hiasan
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Lelaki dipenjara, dirotan kerana merogol rakan FB M'sia
Laporan itu berkata Yap Jun Cheng, kini 26, mengaku bersalah di mahkamah kerana melakukan tiga jenayah seksual terhadap wanita itu yang ketika itu berusia 20 tahun.