Dua lelaki ditahan di Selangor dan Perak pada Jumaat bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee.
Ugutan itu dipercayai dilakukan berikutan tidak berpuas hati mereka terhadap tindakan bekas Ketua Cabang PKR Sungai Petani itu keluar daripada parti berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, lelaki berusia 23 dan 39 tahun itu ditahan ketika serbuan di lakukan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
Tangkapan pertama dilakukan sekitar Telok Bunut, Banting, Selangor kira-kira pukul 6 petang manakala suspek kedua ditahan di Taman Sentosa, Langkap, Perak setengah jam kemudian.
Kedua-dua suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
Jelas Adzli, hasil semakan rekod mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Polis turut merampas telefon bimbit milik kedua-dua suspek.
Kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Rabu lalu, Dr Robert membuat laporan polis berhubung beberapa ugutan yang diterima termasuk terhadap keluarga serta perniagaannya oleh beberapa individu melalui Facebook dan kiriman mesej.
Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan. Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.
Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025 Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.