Seorang lelaki ditahan selepas didakwa memaksa dua kanak-kanak lelaki berusia 9 dan 10 tahun meniru aksi di dalam video lucah yang ditunjuknya di sebuah rumah di Sungai Buloh, di sini, pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, suspek berusia 29 tahun itu merupakan sepupu kepada ibu kanak-kanak terlibat.
Katanya, ibu mangsa membuat laporan polis mendakwa semasa dia dan suami keluar kerja, sepupunya mengunjungi rumah mereka.
Suspek itu kemudiannya menunjukkan video lucah kepada kanak-kanak itu melalui telefon bimbitnya dan menyuruh mereka meniru aksi yang dilakukan.
“Lalu dua mangsa yang berusia 9 dan 10 tahun itu dipaksa melakukan aksi itu di dalam sebuah bilik.
"Selepas kejadian, mangsa telah diberi RM4 supaya tidak mendedahkan perkara berkenaan kepada ibu bapanya,” kata Gan ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurutnya, susulan daripada laporan polis berkenaan, pihaknya telah menahan lelaki tersebut.
“Suspek yang bekerja sebagai anggota Jabatan Pertahanan Awam (Pekerja Kontrak) Sungai Siput Utara itu kini ditahan reman selama empat hari dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 14(b) dan 15 Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017.
“Mangsa pula telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan doktor,” ujarnya.
Shafiq Noordin
Sat Aug 05 2017

Gan berkata, susulan daripada laporan polis dibuat ibu kanak-kanak itu, pihak polis telah menahan lelaki tersebut. - Gambar fail

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah minta rasuah lebih RM150,000
Seorang bekas pegawai bank didakwa atas 26 pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM153,622.47 daripada sebuah firma guaman dari 2018 hingga 2023.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.
[TERKINI] Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan petang ini - Azam Baki
Tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.
Pengeluaran tidak penuhi permintaan antara cabaran utama
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh industri durian Malaysia dalam mengekalkan daya saing durian segar adalah pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Kerajaan Persekutuan, Sabah perkukuh kerjasama pelancongan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
[TERKINI] Mahkamah: warga emas dituduh hina Agong
Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion - Duta
Tahun 2024 juga memaparkan pemulihan perdagangan dua hala bagi Malaysia dan Vietnam yang susut sebanyak 10.6 peratus pada 2023.

Msyuarat Kumpulan Kerja ADSOM buka tirai pemukiman ADMM di Pulau Pinang
Lebih 150 delegasi dari 10 negara anggota ASEAN, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN dijangka menghadiri pemukiman kali ini.

Kerajaan sasar kurangkan kesesakan waktu puncak di Tambak Johor sehingga 70 peratus
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan tempoh kesesakan waktu puncak di Tambak Johor sehingga 70 peratus.

25 terpedaya sindiket pemerasan video lucah di Pulau Pinang
Modus operandi sindiket terbabit adalah mendekati mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan langganan seks.

Polis terima laporan ahli politik diperas ugut berhubung penyebaran gambar, video peribadi
Polis mengesahkan menerima laporan polis berhubung seorang ahli politik mendakwa diperas ugut oleh seorang individu, berkaitan gambar peribadi.

UMNO Negeri Sembilan minta penjelasan isu video aksi lucah
Surat dan laporan sudah dihantar kepada Lembaga Disiplin parti pada Isnin lalu.

Aksi ghairah melampau, filem 'Hustlers' lakonan Jennifer Lopez diharamkan di Malaysia
Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak meluluskan tayangannya selepas mendapati ia tidak bersesuaian untuk dipaparkan dalam konteks Malaysia

Lakonkan aksi lucah separuh bogel, pelancong dakwa diugut polis
Ditahan kerana melakonkan aksi lucah di sebuah kelab malam, 10 individu termasuk lima warga Britain dakwa diugut dengan wang jaminan yang tinggi.

Lelaki ditahan paksa dua kanak-kanak tiru aksi lucah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, suspek berusia 29 tahun itu merupakan sepupu kepada ibu kanak-kanak terlibat.

Ugut sebar video lucah bersama pemandu GrabCar, mak nyah 'Alia' ditahan
Polis menahan seorang mak nyah dikenali sebagai 'Alia', dipercayai mengugut untuk menyebarkan video lucahnya bersama seorang pemandu GrabCar di Jalan Loke Yew.