Seorang lelaki cedera parah di tangan, dada dan perut selepas dipercayai ditetak dengan pisau oleh abang kandungnya di Jalan Tanjung Bendahara, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, Mohd Rosli Mat, 37, turut patah tangan kanan manakala abangnya Mohamed Rashid Mat, 48, cedera di tangan kiri.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 12.10 tengah hari daripada jiran mangsa yang memaklumkan berlaku pergaduhan melibatkan dua beradik berkenaan.
"Punca kejadian masih dalam siasatan tetapi dipercayai, berlaku salah faham antara dua beradik sehingga menyebabkan pergaduhan yang dipercayai bermula dari bilik hadapan sebelum mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang dapur belakang rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Mohd Rosli yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala Mohamed Rashid yang ditahan polis turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.
Sementara itu, saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Acik, 16, berkata ketika kejadian beliau yang tinggal berhampiran rumah mangsa sedang berehat di rumah sebelum terdengar jeritan meminta tolong dari arah rumah mangsa kira-kira 11.30 pagi.
"Selepas terdengar jeritan meminta tolong, saya bersama ahli keluarga yang lain pergi ke rumah mangsa dan terkejut melihat mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan berlumuran darah di bahagian dapur rumah manakala abangnya yang turut cedera masih memegang senjata.
"Abang mangsa yang menyedari kehadiran kami terus ke ruang tamu dan kami mengambil kesempatan itu untuk membawa mangsa keluar sebelum menghubungi polis," katanya.
Katanya, pasangan adik-beradik yang tinggal berdua di rumah itu kerap bertengkar sebelum ini akibat salah faham dan masalah keluarga.
Bernama
Tue Jun 14 2016

Keadaan rumah yang dihuni kedua-dua beradik sewaktu pihak berkuasa tiba. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lelaki parah ditetak abang kandung
Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, Mohd Rosli Mat, 37, turut patah tangan kanan manakala abangnya Mohamed Rashid Mat, 48, cedera di tangan kiri.