Kesemua mayat tiga beradik tragedi mangsa lemas di Pantai Sura, Dungun berjaya ditemui pagi tadi.

Mayat pertama, Nurain Sofia Zawawi, 8 tahun, ditemui terapung kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 7.38 pagi.

Mayat kedua, Nurain Salsabila Zawawi, 6 tahun, dijumpai pada pukul 9.20 pagi sementara mayat terakhir, Nurain Fatma, 10 tahun, ditemui pada pukul 11.05 pagi.

Kesemua mangsa dijumpai pada jarak satu hingga lima kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang.


Nursyahida Abdullah yang hampir pengsan, dipapah suaminya, Zawawi Wahab, selepas ketiga-tiga jenazah anak mereka ditemui oleh pasukan penyelamat ketika ditemui di Hospital Dungun hari ini. - BERNAMA

KENANGAN TERAKHIR... Ibu bapa tiga beradik mangsa lemas, Nursyahida Abdullah (tengah) dan Zawawi Wahab (kanan), bersama anak-anak mereka Nurain Salsabila, 6, (dua, kanan) Nurain Sofia, 8, (dua, kiri) dan Nurain Fatma, 10, merakamkan gambar bersama sebelum kejadian tersebut. - BERNAMA
BACA: Dua daripada tiga beradik ditemui lemas - Bomba

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelama Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, operasi pencarian dijalankan dengan melibat 73 kekuatan anggota.

"Dengan bantuan semua agensi, kami telah berjaya menemui semua mangsa kurang daripada 24 jam. Dungun ini memang kawasan yang popular untuk bermandi-manda… memang kerap berlaku kejadian mati lemas," katanya.

Anggota Polis melakukan pencarian mayat tiga beradik yang lemas di permukaan air Pantai Sura Tengah hari ini. - BERNAMA
Dalam kejadian pukul 6.40 petang Ahad, tiga beradik itu dilaporkan lemas selepas ditelan ombak besar.

Kesemua mangsa akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Kelantan.