Lemas merupakan penyebab kematian kedua tertinggi kanak-kanak di negara ini selepas kemalangan jalan raya dengan kira-kira 500 golongan berusia satu hingga 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa setiap tahun, demikian menurut kajian Pusat Penyelidikan Klinikal Perak.
Ketua pusat Datuk Dr Amar Singh berkata untuk tahun ini sahaja sehingga September lalu, 31 kanak-kanak, kebanyakannya berumur antara dua dan sembilan tahun, menjadi mangsa lemas di kolam renang hotel dan taman tema.
Kira-kira 75 peratus daripada jumlah itu membabitkan kanak-kanak berumur bawah lima tahun, katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Seminar Pencegahan Lemas oleh Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara yang juga Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) Tan Sri Lee Lam Thye, di sini hari ini.
"Masyarakat tahu denggi itu penting. Tetapi untuk satu kematian denggi membabitkan kanak-kanak bersamaan 30 kanak-kanak akan mati lemas, itu perbandingannya. Lemas merupakan masalah yang lebih besar," katanya.
Dr Amar Singh berkata isu lemas dalam kalangan kelompok usia berkenaan diburukkan oleh cubaan menyelamat mangsa yang pada kebanyakan masa menyebabkan angka kematian berganda.
"Masalah utama di Malaysia ini ialah kanak-kanak cuba menyelamatkan orang lain.. (cuba selamatkan) abang, adik-beradik dan kawan-kawan mereka... itu dua kali ganda menyebabkan kematian," katanya keadaan itu berlaku disebabkan mereka tidak memahami mesej agar tidak cuba membantu mangsa lemas.
Dr Amar Singh yang juga Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak berkata kejadian lemas membabitkan kanak-kanak di kolam renang hotel dan taman tema berlaku mungkin disebabkan kawasan itu adalah kawasan terbuka dan tidak mempunyai pagar selain tiada pengawal keselamatan.
Sehubungan itu beliau menggesa ibu bapa, pengurusan hotel serta taman tema agar lebih peka dengan permasalahan tersebut.
"Adalah suatu yang tragik untuk seorang kanak-kanak kehilangan nyawa begitu sahaja atau mengalami kecederaan otak akibat lemas semasa aktiviti rekreasi," katanya.
Sementara itu, Lee yang turut hadir pada sidang media berkenaan berkata pihak berkuasa perlu membina pangkalan data lengkap statistik kes lemas dan maklumat berkaitan secara komprehensif supaya pendekatan menyeluruh dapat diperkenalkan bagi mengurangkan jumlah insiden lemas.
"Pada masa ini, data mengenai kes lemas dikumpulkan oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kesihatan. Angka yang dikeluarkan berbeza-beza kerana setiap agensi mengumpul data untuk tujuan tertentu.
"Pengumpulan data ini adalah langkah pertama dalam pencegahan lemas kerana ia membolehkan kita mengkaji punca dan bagaimana setiap kes lemas berlaku," katanya yang menggesa semua pihak menjadikan pencegahan insiden lemas sebagai budaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017

Secara perbandingan, satu kematian denggi membabitkan kanak-kanak bersamaan 30 kanak-kanak akan mati lemas. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Polis siasat dakwaan babitkan Amar Singh
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima laporan polis pada 3.02 petang hari ini.

Isu Tabung Haji: Apa yang anda perlu tahu?
Lembaga Tabung Haji (TH) membuat dua laporan polis pada 30 November 2018 melibatkan beberapa bekas pengurusan kanannya. Berikut apa yang anda perlu tahu mengenai isu TH.

DoJ perlu selesaikan dokumen ekstradisi Roger Ng dalam 60 hari
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) perlu menyelesaikan segala urusan berkaitan proses ekstradisi bekas ahli perbankan Goldman Sachs.

Rosmah, Norashman, Riza tiba di JSJK untuk beri keterangan
Rosmah tiba pada 9.43 pagi dengan pakaian berwarna putih bersama dua anaknya Norashman Najib dan Riza Aziz.

UMNO akan buktikan wang rampasan RM116.7 juta milik parti itu - Ahmad Zahid
UMNO akan kemukakan bukti berhubung wang rampasan sebanyak RM116.7 juta oleh polis di mahkamah kelak, kata Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

1MDB: Najib tarik balik saman terhadap Tommy Thomas, Mohd Shukri, Amar Singh
Mahkamah Tinggi membenarkan saman itu ditarik balik dengan kebebasan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan tindakan saman yang baharu.

1MDB: Rosmah juga sedang disiasat - Amar Singh
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sedang menyiasat sama ada Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara individu utama dalam siasatan terhadap rampasan barangan melibatkan kes 1MDB.

'Nilai harta Najib mungkin melebihi Marcos, Imelda' - Anwar
Kadar salah guna kuasa oleh kerajaan BN sebelum ini sangat mengejutkan terutama apabila ramai pemimpin parti terbabit sibuk bercakap mengenai usaha menangani kemiskinan rakyat.

Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar
Motif tindakan berpunca daripada ejek-mengejek antara tujuh suspek yang ditahan dan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.

Suspek edar gambar lucah kanak-kanak ditahan di Jinjang
Dia kini direman empat hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan.