Gara-gara lewat dibayar upah, seorang pengasuh tergamak mendera seorang bayi berusia 14 bulan hingga tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu.
Bayi malang terbabit kemudiannya didapati berada dalam keadaan kritikal kerana dipercayai tidak diberi makan dan minum hampir tiga minggu.
Akibatnya, bayi perempuan itu turut diserang penyakit sawan dan jangkitan kuman pada paru-parunya.
Pemeriksaan perubatan turut mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian kepala kanak-kanak berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, bertindak atas laporan pihak hospital, polis telah menahan seorang wanita berusia 23 tahun pada 27 Oktober lalu di Batu Kawa bagi membantu siasatan.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku ada memukul kanak-kanak berkenaan menggunakan botol susu di kepala sebanyak dua kali dan tangan supaya kanak-kanak itu berhenti menangis," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Menurut Aidil, suspek nekad bertindak demikian kerana marah kepada ibu bayi perempuan itu yang lewat membayar upah.
Difahamkan kanak-kanak itu dijaga oleh pengasuh tersebut selama tiga minggu dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam.
Kali terakhir pengadu berjumpa dengan anaknya adalah pada 23 Oktober lalu kerana terpaksa bekerja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Rohana Wahed
Sun Oct 28 2018
Bayi malang terbabit kemudiannya didapati berada dalam keadaan kritikal kerana dipercayai tidak diberi makan dan minum hampir tiga minggu. - Gambar hiasan
Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.
Lawatan rasmi: PM Anwar adakan lawatan ke Korea Selatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Republik Korea bermula Ahad, atas jemputan Presiden, Yoon Suk Yeol, yang juga merupakan lawatan pertama Anwar ke republik ini sejak mengetuai pentadbiran negara.
[TERKINI] MKN bincang status 500 pelajar guna pangkalan haram hari ini
Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan isu sempadan termasuk status hampir 500 pelajar dari Thailand yang menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok untuk ke sekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
AWANI Ringkas: Mangsa menurun 481 di enam negeri pagi Ahad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes lori mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
Jurulatih dari Jepun, Katsuhito Kinoshi dilantik kemudi Selangor FC
Katsuhito Kinoshi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC yang baharu menggantikan Nidzam Jamil, yang meletak jawatan secara mengejut bulan lepas.
Pernah empat kali diserang strok, Sheqal sebak terima bantuan
"Saya sedih, dulu kita tolong orang, sekarang orang bantu kita pula."
TFC perlu kekal fokus, pastikan layak ke suku akhir
Badrul Afzan Razali berkata momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
4 tahanan lari dari penjara, 2 ditemui semula
Kedua-dua mereka dijumpai di kawasan hutan berhampiran Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching.
Didakwa ada hubungan sulit, buruh binaan tumbuk adik angkat isteri
Seorang buruh binaan ditahan bersama dua rakannya selepas menumbuk seorang lelaki yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.
Mekanik direman bantu siasatan kes remaja hilang
Seorang mekanik direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes remaja hilang pada 15 Jun lalu bermula hari ini.
Polis lancar Ops Tutup kesan kanak-kanak dan remaja perempuan dibawa lari lelaki bertopeng
Polis sedang mengesan sebuah van berwarna putih yang dipercayai digunakan untuk melarikan seorang kanak-kanak dan seorang remaja perempuan.
Lewat bayar upah, pengasuh dera bayi 14 bulan hingga sawan dan kritikal
Gara-gara lewat dibayar upah, seorang pengasuh tergamak mendera seorang bayi berusia 14 bulan hingga tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu.