Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHD) pada Khamis mengumumkan kaunter duti setem hanya akan beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari berdasarkan hari bekerja di setiap negeri.
Bagi perkhidmatan lain di pejabat setem cawangan LHDN, waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 3 petang, manakala di Pusat Khidmat Hasil dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari hingga 3 petang, menurut LHDNM dalam kenyataan hari ini.
Di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, kaunter akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat.
Di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, kaunter akan beroperasi dari Ahad hingga Khamis.
Bagi Kaunter Pusat Bayaran LHDNM di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching, waktu urusan bagi bayaran melalui kaedah tunai, kad kredit dan kad debit akan beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 2 petang.
"Bagi bayaran melalui lain-lain kaedah, waktu beroperasinya adalah pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 3 petang," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan waktu operasi boleh dikemukakan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000/03-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas, dan media sosial rasmi LDHNM iaitu di Facebook- http://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter- http://twitter.com/LHDNMofficial.
- BERNAMA
Bernama
Thu May 14 2020
Orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.
Hubungan baik dua negara dorong kerjasama Darphane, Ultimate Print
Ketua Pengarah Darphane, Abdullah Yasir Sahin berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh hubungan sedia ada.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
GISB: Jakim bertindak ikut ruang lingkup fungsi dan peranan
Jakim sentiasa jalankan kerjasama, khidmat nasihat dan perundingan dengan pihak berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri.
PM Anwar akan undang Presiden China Xi Jinping hadir Sidang Kemuncak ASEAN
Perdana Menteri akan mengundang Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China tahun depan.
AFC label Arif Aiman 'budak ajaib'
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melabel bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai 'budak ajaib'.
Hari Demo Akhir ECX 2024 labuh tirai, inovator e-dagang teratas diumum
Program ECX 2024 berjaya membina platform untuk pemula dan PKS meraih akses pasaran, pendedahan jenama, dan minat pelabur, untuk bersaing dalam pasaran digital.
Kerjasama antara syarikat percetakan Malaysia dan Turkiye perkukuhkan hubungan bilateral - TPM Fadillah
Kerjasama antara syarikat percetakan Malaysia dan Turkiye bukan sahaja mengukuhkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.
Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Donald Trump - PM Anwar
Perdana Menteri berharap sesuatu yang baik dapat dicapai daripada kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
LHDN buka kaunter duti setem dari 8 pagi hingga 1 tengah hari
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengumumkan kaunter duti setem hanya akan beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari berdasarkan hari bekerja di setiap negeri.