Pokok Lidah Jin atau juga dikenali sebagai pokok Lidah Mentua semakin mendapat tempat di hati kaum wanita untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah.
Bagaimanapun, seorang ahli Kimia, Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
"Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata.
"Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
"Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Dr Fatimah yang juga pensyarah kanan kimia, Pusat Asasi UiTM, Dengkil, Selangor berkata terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, 'perlite' iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
"Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri.
"Aktiviti mikoorganisma mudah dikesan iaitu dengan kehadiran bau kurang menyenangkan daripada bekas atau bahagian yang terendam seakan berlumut," jelasnya.
Sementara itu, Pusat Racun Negara pada 7 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
"Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan," menurut status itu.
Tinjauan Bernama di sebuah tapak semaian di Jalan Kuala Kangsar di sini mendapati, permintaan terhadap pokok Lidah Jin meningkat selepas ia tular antaranya dikatakan boleh membersihkan udara sehingga menyebabkan pengusaha kerap menambah bekalan yang diperoleh dari Cameron Highlands.
Pemilik NCS Craft Garden Landskap, Meizi Chong,32, berkata beliau menjual pokok itu sejak mula beroperasi tiga tahun lepas, namun permintaan sekarang disifatkannya sebagai luar biasa disebabkan tanaman itu kini tular di media sosial.
"Selepas tular, kadang-kadang sehari sampai 10 orang datang cari dan beli, kalau sebelum ini agak kurang," katanya yang menjual pada harga antara RM8 hingga RM40 mengikut saiz dan lengkap dengan pasu.
Menurut Meizi, penjagaan pokok itu amat mudah, ia hanya perlu disiram sekurang-kurangnya dua kali seminggu, membuang daun yang kering dan tanaman itu boleh hidup untuk tempoh yang panjang jika diletakkan di tempat sesuai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 14 2020

Orang ramai terutama yang ada anak kecil dinasihat berwaspada kerana pokok itu mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah dan cirit birit. -Bernama
S&P 500: Prestasi setakat 5 Mac 2025
Gambaran menyeluruh Indeks S&P 500 disediakan oleh MarketWatch, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham-saham dalam Indeks Standard & Poor's 500 disusun mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman tentang corak prestasi pasaran. Setiap saiz saham mencerminkan permodalan pasaran (market cap), mencerminkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Kuasa AI dalam rekaan: Pixlr saingi industri gergasi
Pembangunan bakat tempatan sehingga ke insentif kerajaan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) Malaysia. Apakah strategi terbaik untuk memperkasakan industri ini, dan bagaimana Pixlr berperanan dalam membentuk masa depan AI dalam sektor kreatif?
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.

Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar
Selain ibu, ayah dan dua orang kakak, Muhammad Darwisy yang berusia 12 bulan turut meninggalkan pasangan kembarnya, Dhiya Dinara.

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza Mesir sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Lidah Jin dalam rumah boleh jejas kesihatan - Pakar
Orang ramai terutama yang ada anak kecil dinasihat berwaspada kerana pokok itu mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah dan cirit birit.