Ketua Menteri Lim Guan Eng Selasa memohon maaf kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid kerana memanggilnya 'nenek'.
Lim bagaimanapun menegaskan tidak menarik balik kenyataannya yang melabel Jahara sebagai rasis.
"Seandainya Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja. Saya memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'nenek'.
"Namun beliau tetap seorang yang rasis kerana memainkan api kebencian terhadap kaum dan agama melalui pembohongannya," katanya dalam kenyataan di George Town.
Terdahulu dalam sidang medianya, Jahara menyifatkan kenyataan Lim yang melabelnya 'racist grandmother' atau nenek rasis sebagai biadab dan mahu Ketua Menteri itu memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.
Lim dilapor melabel Jahara sebagai 'nenek rasis' susulan dakwaan Ketua Pembangkang itu wujud pilih kasih dalam tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan terhadap peniaga Melayu dan Cina di Pantai Bersih, Butterworth.
Bernama
Tue Dec 10 2013
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
Kerajaan negeri dipersoal tiada rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak
Beliau berkata kerajaan negeri seharusnya memberi lebih perhatian kepada permasalahan wanita dan kanak-kanak di negeri ini.
Berdasarkan prinsip CAT, Guan Eng harus bercuti - Jahara
Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai.
"Hanya Speaker DUN dapat tentukan kedudukan saya" - Salleh Man
Wakil rakyat PAS Datuk Mohd Salleh Man berkata kedudukannya sebagai pembangkang dalam DUN Pulau Pinang perlu ditentukan Speaker.
'DAP Pulau Pinang angkuh buat tema hari kebangsaan sendiri' - Jahara
ADUN Telok Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, berkata perbezaan tema dengan sambutan peringkat Persekutuan membuktikan DAP Pulau Pinang sengaja mahu menyemai agenda politik pembangkang kepada rakyat.
'Nenek rasis': Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM500,000 kepada Jahara
Mahkamah turut memerintahkan Lim menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan perintah injunksi menahan Lim daripada mengulangi kata-kata fitnah itu.
Tidak perlu bimbang pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim - Jahara
Kebimbangan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan perancangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah tidak berasas kerana negeri ini mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh.
Lim dan Jahara bertikam lidah lagi
Insiden tercetus apabila Lim mengaitkan kedudukan buruk Malaysia dalam laporan Integriti Kewangan Global (GFI) dengan Barisan Nasional (BN) dan negara ini "jaguh rasuah".
Lim mohon maaf gelar Jahara nenek
Lim bagaimanapun menegaskan tidak menarik balik kenyataannya yang melabel Jahara sebagai rasis.
Guan Eng biadap, harus mohon maaf - Jahara
Ketua pembangkang DUN P. Pinang Jahara Abdul Hamid menyifatkan Lim Guan Eng biadap kerana melabelnya sebagai "racist grandmother" atau 'nenek rasis'.