Tahukah anda sejak berlakunya krisis pandemik COVID-19 ini pengusaha-pengusaha hotel antara mereka yang berdepan detik yang sangat sukar apabila tiada lagi tetamu yang berkunjung ke premis mereka.
Ini menyebabkan beberapa hotel terpaksa mengambil langkah perit dengan menutup terus operasi hotel mereka.
Berikut adalah lima hotel yang terpaksa gulung tikar setakat ini kerana situasi itu.
1- G City Club Hotel Sdn Bhd yang mengendalikan 180 bilik hotel di bawah nama dagang GTower Hotel di ibu negara menutup operasinya selepas sedekad disebabkan oleh penyusutan kadar penginapan.
2- Plenitude Bhd pula menutup operasi tiga hotelnya iaitu Mercure Penang Beach, The Gurney Resort Hotel and Residences, kedua-duanya di Pulau Pinang dan Travelodge Ipoh, Perak dengan serta-merta, disamping mengecilkan operasi di hotel yang lain
3- Ramada Plaza Melaka Hotel yang mempunyai 294 bertaraf lima bintang turut tidak terkecuali daripada berdepan penutupan.Ia telah mengumumkan penutupannya bermula 30 Jun 2020.
4- Salah sebuah hotel tertua di Ipoh, Syeun Hotel, adalah yang terbaru untuk menutup pintunya secara kekal kerana kesan wabak COVID-19. Notis pemberhentian pekerja pada hari Khamis (30 April) yang dihantar kepada kakitangannya yang menyatakan bahawa hotel akan ditutup pada akhir 31 Mei telah diedarkan secara meluas di media sosial.
5- Kinta Riverfront Hotel and Suites turut akan ditutup secara kekal kerana masalah kewangan yang diperburukan oleh perintah kawalan pergerakan (MCO). Hotel ini ditutup pada 30 April dan merupakan yang kedua untuk mengumumkan penutupan di Ipoh kerana MCO, setelah Tower Regency Hotel and Apartment Sdn Bhd mengumumkan penutupannya awal bulan ini.
Melihat kepada trend ketika ini,mungkin banyak lagi hotel-hotel kecil dan bertaraf antarabangsa mungkin akan menghadapi masalah yang serius berikutan COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri May 01 2020
G City Club Hotel Sdn Bhd yang mengendalikan 180 bilik hotel di bawah nama dagang GTower Hotel di ibu negara menutup operasinya selepas sedekad disebabkan oleh penyusutan kadar penginapan. - Gambar hiasan
World Athletics tidak iktiraf rekod 100m Zaidatul Husniah?
Terdahulu, Zaidatul Husniah memadam rekod catatan masa 11.50 saat milik Shanti, yang dilakukannya pada 1993 di Kuala Lumpur sebelum ini.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Outlook 2025: Trade Wars & Tariffs
Malaysia’s economic outlook for 2025 projects moderate growth, with GDP expected to expand by 4.5-5.0%. The economy is poised for recovery, driven by strong export performance, particularly in electronics and palm oil. However, ongoing global trade tensions and tariff disputes pose risks. Azmi Hassan, Fellow, National Council of Professors discusses how Malaysia and ASEAN can best approach potential trade wars amid projected tariff increases under President-elect Donald Trump’s policies
Perspektif 2025: PMI, Dagangan ASEAN & Unjuran ekonomi
Menjelang tahun 2025, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran ekonomi, termasuk penurunan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Disember 2024 ke paras 48.6, kemungkinan kenaikan tarif import oleh Amerika Syarikat, dan ketidaktentuan permintaan global. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia berpeluang merangka strategi perdagangan yang lebih kukuh di rantau ini. Bagaimanakah unjuran inflasi, peranan permintaan domestik, dan dasar monetari akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim.
“Merasa lemas dengan perbincangan isu kaum dan agama yang sempit” - PM
Perdana Menteri menegaskan untuk menghargai setiap warganegara tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan etnik adalah sebahagian daripada tanggungjawab. Beliau turut mengakui bahawa perlembagaan negara memberi penekanan kepada hak orang melayu dan prinsip agama tetapi dalam memberi bantuan atau mengatasi masalah sosial,seharusnya dilakukan tanpa mengira latar belakang.
#AWANInews
#AWANInews
Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 3 Januari 2025
Indeks FBM KLCI pada awalnya dibuka rendah turun 1.01 mata kepada 1,641.32 dan bergerak antara paras 1,629.23 dan 1,641.32 sepanjang hari pertama dagangan. Bagaimana prestasi dagangan pada pembukaan Jumaat? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 3 Januari 2025
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, selain menjangkakan penurunan kadar yang lebih kecil oleh Fed, sentimen pasaran akan terus dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap potensi dasar ekonomi pentadbiran kedua Donald Trump.
OPR mungkin kekal: Cabaran kepada pembuat dasar & rakyat
Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada 3.00% sepanjang 2025. Apakah strategi terbaik Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menangani cabaran seperti kenaikan gaji minimum, rasionalisasi subsidi, dan pelaksanaan SST demi memastikan ekonomi terus stabil? Kupasan lanjut bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
“Saya mahu penjawat awam menjadi contoh perkhidmatan terbaik”- PM
Perdana Menteri mengharapkan penjawat awam atau perkhidmatan awam Malaysia menjadi suatu contoh perkhidmatan yang terbaik di negara berkembang dan negara islam.
#AWANInews
#AWANInews
Anjung Syawal FRP 2025: Kembali dengan keunikan gabungan tradisi, moden
Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025, bakal kembali untuk tahun ke-13 dengan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Ramadan tahun ini.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.