Lebih 18,000 pengguna di daerah Alor Gajah, Melaka terjejas selepas Loji Rawatan Air Gadek dicemari ammonia sejak dua hari lalu.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata hasil siasatan awal mendapati air di Sungai Batang Melaka tercemar teruk dipercayai akibat pelepasan air dari kolam ternakan ikan keli di Hutan Percha yang tidak bersistematik.
Ujarnya, bacaan ammonia yang dicatat adalah melebihi 3.5 miligram/liter (mg/l) iaitu melepasi parameter yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ekoran itu, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka telah mengeluarkan notis pemberhentian serta-merta operasi kepada dua pemilik pusat ternakan ikan keli di Hutan Percha, Alor Gajah yang disyaki menjadi punca kepada pencemaran berkenaan.
"Pemberhentian serta-merta operasi berserta notis tujuh hari berakhir 7 Mei kepada dua pemilik tersebut telah dikeluarkan.
"Daripada analisis yang dibuat, bacaan ammonia adalah melebihi 3.5 mililiter, melepasi paras yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kesan pencemaran tersebut telah menjejaskan kira-kira 18,076 pemilik akaun Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).
Mengulas lanjut, ujarnya, BKSA telah menerima aduan mengenai pencemaran itu di Loji Air Gadek pada 28 dan 29 April lalu.
Susulan itu, sepasukan penguatkuasa BKSA membuat siasatan dan mendapati 11 kolam ternakan ikan keli mempunyai kesan ammonia yang dilepaskan ke sungai.
Satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Hutan Percha untuk tindakan selanjutnya.
Tambah Sofi, kerajaan negeri tidak akan berkompromi mengenai isu pencemaran ini memandangkan air yang tercemar merupakan sumber air mentah untuk kegunaan sebahagian rakyat di negeri ini.
Menurutnya, kegagalan pihak berkenaan mematuhi arahan notis boleh disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, manakala bagi kesalahan kedua atau selanjutnya boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, tambah Sofi, Loji Rawatan Air Gadek serta isu gangguan bekalan air di beberapa kawasan yang terjejas telah mula dipulihkan secara berperingkat.
Antara kawasan yang terjejas termasuk pengguna di Simpang Ampat melibatkan 2,390 akaun; Taman Kebaya-Jalan Kolam Air, 963 akaun; Industri Kelemak dan Saujana Height, 239 akaun; Pulau Sebang, 6,377 akaun; Solok Duku dan Taman Tanjung Bidara 4,069 akaun; dan Paya Rumput-Kuala Linggi, 4,065 akaun.
Astro Awani
Tue Apr 30 2019

Bacaan ammonia yang dicatat adalah melebihi 3.5 miligram/liter (mg/l) iaitu melepasi parameter yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. -Astro AWANI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung
JAS mengesan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan air larut resapan dari kolam takungan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sehingga mencemarkan laut.

Sampel air di penempatan Asli Kuala Koh sudah dihantar untuk ujian - JAS
Pengarah JAS memaklumkan sampel air berkenaan sudah diambil pagi tadi dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Loji rawatan air dicemari ammonia, 18,000 pengguna di Alor Gajah terjejas
Bacaan ammonia yang dicatat adalah melebihi 3.5 miligram/liter (mg/l) iaitu melepasi parameter yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula
Benteng yang pecah itu dibina sejak 24 Oktober lalu bagi menghalang air sungai tercemar daripada mengalir ke Sungai Semenyih dan melencongkannya ke kolam berhampiran menggunakan pam.