Kurang 30 jam sebelum tamat tempoh 48 jam pengusiran Duta Besar Korea Utara ke Malaysia ke negara asalnya, lokasi Kang Chol bagaimanapun masih menjadi teka-teki.
Hasil tinjauan Astro Awani di kedutaannya di Bukit Damansara di sini mendapati hanya ada Konsulat Korea Utara, Kim Yu Song dan beberapa individu lain di lokasi berkenaan.
Namun, tiada kelibat Kang Chol dilihat di kedutaan itu hasil pemerhatian media sejak enam pagi tadi.
Ratusan pengamal media tempatan dan asing berada di hadapan kedutaaan berkenaan bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai Kang Chol selepas arahan pengusiran dari Malaysia.
Cubaan media beberapa kali untuk mendapatkan reaksi Konsulat Korea Utara juga gagal.
Difahamkan pihak media akan terus 'berkampung' di hadapan kedutaan sehingga tamat tempoh 48 jam berkenaan.
Kementerian Luar Negeri melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Korea Utara semalam mengisytiharkan Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula 6 petang Sabtu.
Pengusiran Kang Chol dibuat susulan kegagalan berjumpa dengan pihak Kementerian Luar Negeri dan keengganan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini.
Rahimah Abdullah
Sun Mar 05 2017

Kereta Konsulat Korea Utara mula memasuki kedutaan negara itu di Bukit Damansara. - Gambar Astro AWANI/Rahimah Abdullah

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Kronologi pembunuhan Kim Jong-nam: Apa yang diketahui setakat ini
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berdepan cabaran tatkala sukar mendapatkan kerjasama dengan Kedutaan Korea Utara di Malaysia.

Malaysia pertimbang tutup Kedutaan Besar di Pyongyang - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia pada masa ini telah memperkenalkan visa kepada rakyat Korea Utara yang mahu ke negara ini.

Jiran turut doakan Mohd Nor Azrin, rakyat Malaysia di Korea Utara selamat
Keselamatan Penasihat Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain bukan sahaja didoakan anggota keluarganya, malah jiran-jiran ibunya.

Duta Besar Malaysia ke Korea Utara berada di Malaysia - Kementerian Luar
Duta Besar Malaysia ke Korea Utara Mohamad Nizan Mohamad yang diisytiharkan sebagai persona non grata (PNG) oleh kerajaan Korea Utara, kini berada di Malaysia.

Keputusan kerajaan terhadap Duta Korea Utara tidak akan jejaskan ekonomi - Rafidah
Ekonomi Malaysia tidak akan terjejas susulan keputusan kerajaan mengisytiharkan Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol sebagai 'Persona Non Grata'.

Korea Utara usir duta Malaysia, diisytihar 'Persona Non Grata'
Korea Utara berkata negara itu telah mengarahkan pengusiran Duta Malaysia ke negara dan dianggap individu "persona non grata".

Ri Tong Il tinggalkan Kedutaan Korea Utara
Perwakilan Korea Utara yang dihantar ke Malaysia bagi berbincang berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam, Ri Tong Il dilihat keluar daripada Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara.

Kang Chol diisytihar persona non grata, diarah keluar dalam 48 jam
Beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam dari masa mesyuarat tersebut, iaitu 6.00 petang, 4 Mac 2017.

Pembunuhan Jong Nam: Polis serah Ri Jong Chol kepada imigresen esok
Lelaki warga Korea Utara yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang rakyat negara itu pada 13 Feb lepas, akan diserah kepada Jabatan Imigresen esok.

Kes bunuh Jong Nam perlu diselesaikan secara diplomatik - Hishammuddin
Kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, perlu diselesaikan secara diplomatik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.