Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam disifatkan hanya membuat jenaka apabila menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam keputusan mahkamah Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, tindakan Lokman seolah-olah sengaja mencari kesempatan dan publisiti murahan bila menuduh Perdana Menteri dengan dakwaan sedemikian.
"Geli hati saya membawa kenyataan Lokman ini. Bagaimana Dr Mahathir boleh campur tangan hal mahkamah seandainya bukti yang ada sudah cukup untuk Najib memilih membela diri.
"Bagaimana Lokman tidak boleh menilai perbicaraan yang diadakan secara telus di hadapan peguam bekas perdana menteri itu yang kini seolah-olah gagal membela Najib?" katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
BACA: SRC: Najib pilih bela diri menerusi keterangan bersumpah
BACA: Sekarang bilik penjara saya kosong - Anwar Ibrahim
Pada Isnin, Najib memilih untuk membela diri terhadap semua tujuh tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram menerusi keterangan bersumpah.
Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberi arahan kepada Najib untuk membela diri atas semua pertuduhan membabitkan dana RM42 juta untuk kes syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).
Dalam pada itu kata Khairuddin, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini amat professional dan telus selain tidak pernah campur tangan dalam mana-mana isu institusi kerajaan.
"Institusi kerajaan bergerak bebas di bawah pemerintahan PH dan bukan seperti zaman kerajaan kleptokrasi duahulu.
"Saya beri amaran kepada Lokman, jangan samakan kerajaan PH dengan sebelum ini.
Kalangan pembangkang juga tidak perlu mahu menegakkan benang basah kerana perbuatan ini hanyalah membuang masa,"tegasnya.
Khairuddin sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pernah membuat laporan kepada pihak peguatkuasa undang-undang di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Perancis, Switzerland, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) tentang isu dana sebanyak RM14.5 bilion melalui anak syarikat 1MDB.
Bagaimanapun, Khairuddin dan peguam, Matthias Chang Wen Chieh ditangkap dan dipenjarakan di Sungai Buloh di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Sebelum ini, Ahli Biro Perundangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Saiful Ambar Abdullah Ambar dalam satu kenyataan berkata, Lokman tidak menghormati undang-undang dan menghina mahkamah apabila mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Najib.
Tegasnya, tuduhan pemimpin UMNO terbabit hanyalah mencari alasan dalam keadaan penafian. semata-mata.
Astro Awani
Tue Nov 12 2019
KHAIRUDDIN: Bagaimana Dr Mahathir boleh campur tangan hal mahkamah seandainya bukti yang ada sudah cukup untuk Najib memilih membela diri. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (20 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Donald Trump faktor kenaikan mendadak nilai Bitcoin
Nilai Bitcoin telah meningkat kepada ASD90,000 pada Selasa, susulan jangkaan pemerhati bahawa Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump akan menjadi lebih mesra matawang kripto
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin
Seorang wanita Amerika Syarikat didakwa cuba menyerang lelaki Palestin
Seorang wanita Illinois berhadapan dengan beberapa pertuduhan menimbulkan kebencian terhadap seorang lelaki Palestin dan isterinya yang mengandung.
Perbuatan itu dirakam oleh sebuah kamera telefon bimbit di dalam sebuah kedai bakeri
Perbuatan itu dirakam oleh sebuah kamera telefon bimbit di dalam sebuah kedai bakeri
Dua polis, suspek tercedera terkena tembakan
Dipercayai, insiden itu berlaku selepas polis berkenaan menghentikan sebuah kenderaan yang disyaki dicuri.
Tentera Guatemala rampas hampir 4,000 bungkusan dadah disyaki kokain
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Negara, Ann Marie Argueta, pihaknya mengesan sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan kira-kira 20 batu nautika dari pantai berhampiran.
Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial.
Musim kedua bermula, ruang ketengahkan inovasi
Innovathon merupakan sebuah program realiti televisyen berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sokong PMX dalam usaha lenyapkan Israel - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan menyokong penuh sebarang usaha termasuk langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB selain melenyapkan terus negara haram itu.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti mekanisme bagi mengesan ketirisan rantaian bekalan minyak masak bersubsidi dari peringkat pembungkusan, pemborongan, peruncit hingga pengguna.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.