Golongan yang menghulurkan bantuan kepada mangsa perang saudara yang berlaku di Sri Lanka tidak patut disalah anggap menyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.
Waytha Moorthy yang juga memegang portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial berkata apabila perang saudara tercetus di Sri Lanka, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menghantar bantuan kewangan bagi membina semula negara tersebut.
“Saya berharap golongan yang membantu mangsa perang saudara tidak disalah anggap sebagai penyokong LTTE, sebaliknya bersimpati terhadap mereka yang terkorban dalam perang saudara tersebut.
“Di saat-saat akhir peperangan saudara tersebut, lebih kurang 100,000 orang mati. Ramai daripada keluarga mereka yang terjejas.
“Ramai rakyat Malaysia yang menghantar bantuan kewangan bagi membina semula negara tersebut,” katanya pada Majlis Penghargaan “Jasamu Dikenang” Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) di Dewan Kementerian Sumber Manusia Putrajaya pada Khamis.
Katanya lagi, penyiasatan isu ini harus diserahkan kepada pihak polis dan kebenaran akan ditegakkan.
BACA: Penahanan LTTE: Polis ambil tindakan berdasarkan bukti kukuh - Muhyiddin
BACA: Penahanan LTTE: Ramasamy nafi mahu larikan diri
Sehingga kini, seramai 12 individu termasuk dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP ditahan kerana disyaki terbabit menyokong dan menyalurkan dana untuk LTTE.
Kumpulan LTTE disenarai sebagai kumpulan pengganas di Malaysia sejak 2014.
Isabelle Leong
Fri Oct 18 2019

Seramai 12 individu termasuk dua ADUN DAP ditahan kerana disyaki terbabit menyokong dan menyalurkan dana untuk LTTE. -Reuters

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Konflik Laut China Selatan, salah guna AI antara usul Malaysia dalam Pemukiman ADMM - Khaled
Malaysia menegaskan keperluan untuk memastikan keselamatan maritim di rantau ini khususnya di Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik.

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah minta rasuah lebih RM150,000
Seorang bekas pegawai bank didakwa atas 26 pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM153,622.47 daripada sebuah firma guaman dari 2018 hingga 2023.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.
[TERKINI] Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan petang ini - Azam Baki
Tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.
Pengeluaran tidak penuhi permintaan antara cabaran utama
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh industri durian Malaysia dalam mengekalkan daya saing durian segar adalah pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Kerajaan Persekutuan, Sabah perkukuh kerjasama pelancongan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
[TERKINI] Mahkamah: warga emas dituduh hina Agong
Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion - Duta
Tahun 2024 juga memaparkan pemulihan perdagangan dua hala bagi Malaysia dan Vietnam yang susut sebanyak 10.6 peratus pada 2023.

LTTE: 'Mereka yang simpati, bantu mangsa tidak patut dihukum' - Waytha Moorthy
Golongan yang menghulurkan bantuan kepada mangsa perang saudara yang berlaku di Sri Lanka tidak patut disalah anggap menyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).