Seramai 1,000 mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan solidariti membantah cadangan gabungan universiti itu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Himpunan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Kesatuan Alumni MPP UMT itu berlangsung selama lebih satu jam bermula jam 5.30 petang Khamis.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Hasyimi Hasyim Mohd Suddin, 22 tahub, berkata, bantahan secara aman itu diadakan bagi menolak cadangan penggabungan itu.
"Kami menuntut penjelasan daripada pihak Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung cadangan itu.
"Kami juga akan menghantar petisyen bantahan kepada KPM berhubung bantahan penggabungan dua universiti ini," katanya ketika ditemui selepas Himpunan Tolak Penggabungan UMT- UniSZA di Dewan Sultan Mizan, UMT, di sini, semalam.
BACA: Cadangan gabungan manfaatkan kedua-dua universiti - NC UniSZA
Sementara itu, Naib Yang Dipertua 1, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Nur Ainaa' Meor Ahmad Nazizan, 22 tahun, berkata, himpunan itu diadakan bagi menyatakan pendirian 10,000 mahasiswa universiti itu serta seluruh kakitangan UMT.
Katanya, penolakan gabungan dua universiti itu dibuat bagi mengekalkan fokus kedua-dua universiti.
"UMT terkenal dengan kepakaran dalam bidang maritim manakala UniSZA mempunyai kepakaran tersendiri.
"Kami khuatir dengan penggabungan ini, identiti dan fokus universiti ini akan hilang begitu sahaja," katanya.
Katanya, setakat ini pihaknya telah mengumpul 9,000 pungutan suara bantahan secara dalam talian (online).
"Petisyen yang dibuka secara online sejak Isnin lalu itu telah ditandatangani 9,000 pelajar UMT," katanya.
Sinar Harian
Fri Sep 13 2019

1,000 mahasiswa berkumpul di Dewan Sultan Mizan UMT bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan penggabungan universiti itu dan UniSZA. - Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rakyat Malaysia di AS diminta berdaftar dengan kedutaan, hindari kawasan protes
Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.

Belum ada keputusan rasmi mansuh aliran sains, sastera - Maszlee Malik
Ia masih di peringkat kajian dan tiada sebarang pengumuman dasar dibuat berhubung perkara itu dan ia hanya satu perkara yang dibincangkan dalam ucapannya di Jerman 14 Oktober lalu.

Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil
Puluhan ribu rakyat Rusia turun bantah pengecualian pembangkang dan calon bebas dari pemilihan Dewan Kota Moscow
Tentera Israel serbu Tebing Barat
Satu serbuan tentera Israel yang menyamar sebagai penjual sayur mencetuskan bantahan penduduk Tebing Barat.
Adun BN Kedah sebulat suara keluar dewan
Ini berlaku setelah Abu Hassan enggan berdiam diri walaupun diarah berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Lim Soo Nee (PKR-Kulim) yang tidak memberi peluang untuknya bercakap.
Rakyat perlu diberi ruang bantah kekejaman Israel
Ruang ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan.