Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa atas dakwaannya mengenai kemungkinan penglibatan tokoh antarabangsa lain dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib membuat dakwaan itu dalam satu temu bual dengan agensi berita antarabangsa Al Jazeera.
"Suruh dia membuat laporan dan kami akan cari mereka," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini malam tadi. Beliau adalah Pengerusi Bersatu.
Dalam temu bual itu, Najib meminta para penyiasat untuk menyiasat tokoh-tokoh antarabangsa lain yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB dan tidak hanya menyiasat penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata: "Kami mendapati sukar untuk menguatkuasakan undang-undang kita di negara lain tetapi jika mereka melakukan jenayah di Malaysia, yang menjejaskan rakyat Malaysia atau wang milik Malaysia, jika mereka datang ke sini, kami akan menangkapnya."
Terdahulu pada Jumaat, Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir dipetik sebagai berkata Kerajaan Arab Saudi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima Najib.
Dr Mahathir berkata apa yang penting ialah bukti dalam berbentuk dokumen duit tersebut datang dari 1MDB ataupun Arab Saudi.
"Anda tidak boleh pindahkan wang dengan jumlah yang besar tanpa rekod. Kalau mereka kata ia daripada Arab Saudi, tunjukkanlah rekodnya. Jika tidak, kami perlu siasat daripada mana datangnya. Sepanjang pengetahuan kami, ia datang daripada 1MDB," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 26 2018
Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor, malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut
2. Polis perjelas tragedi ‘water rafting’ dan bot terbalik
3. WhatsApp perkenal sokongan 'draf mesej'
1. KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut
2. Polis perjelas tragedi ‘water rafting’ dan bot terbalik
3. WhatsApp perkenal sokongan 'draf mesej'
Tarian singa jadi jambatan budaya antara China, Malaysia
Tradisi budaya tarian singa yang berasal lebih 1,000 tahun dahulu di China, kini menarik ramai peminat di Malaysia moden.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Jenayah: Tiga lelaki ditahan terlibat kes ragut di Subang Jaya
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam kes ragut seutas rantai emas bernilai RM30,000 di Subang Jaya di sini pada 12 Okt lepas ditahan dalam serbuan berasingan pada Sabtu.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Badoh
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama 19 rakannya di Sungai Jeram Badoh, Buloh Kasap pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa kira-kira 4.30 petang.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa kira-kira 4.30 petang.
Gangguan air: 3,500 akaun terjejas gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang
Sebanyak 3,500 akaun pengguna di kawasan Lorong Delima, Lintang Delima dan Cangkat Delima, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 22 dan 23 November nanti.
Rusia-Ukraine: Perlu lakukan semua termampu tamatkan perang tahun depan - Zelensky
Presiden Volodymyr Zelenskiy berkata, Ukraine mesti melakukan semua yang termampu untuk memastikan perang dengan Rusia berakhir tahun depan melalui diplomasi.
Kabinet Trump: Komuniti islam A.S sokong Trump kecewa kabinet dipenuhi pro Israel
Islam Amerika Syarikat yang menyokong Republikan Donald Trump untuk membantah Pentadbiran Biden terhadap perang di Gaza dan Lubnan, berasa kecewa dengan pilihan kabinet Trump.
Warga emas Kuala Pilah diberi pendedahan mengenai keselamatan siber
Ia satu pendekatan baik dalam memberi pendedahan kepada warga emas mengenai pentingnya keselamatan siber dan melindungi data peribadi.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.