Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini pada Isnin untuk memulakan atur cara yang padat dalam lawatan kerja tiga hari beliau ke Jepun, iaitu lawatan kali ketiga ke negara ini selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Mei lepas.
Antara kemuncak lawatan beliau adalah istiadat pengurniaan darjah kebesaran 'The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers'oleh Maharaja Jepun pada Selasa di Imperial Palace di sini.
Pesawat yang membawa pemimpin terulung Malaysia itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda kira-kira 4 petang waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).
Dr Mahathir diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan beliau dan delegasi ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Hal Ehwal Luar Negara Jepun Toshiko Abe, Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa dan Duta Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris.
Penganugerahan darjah kebesaran tertinggi negara Jepun oleh Maharaja Akihito itu berikutan sumbangan besar perdana menteri dalam memperkukuhkan hubungan dua hala.
Dalam lawatan itu juga, Dr Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe di Pejabat Perdana Menteri, yang berlangsung selepas istiadat penganugerahan itu.
Pada hari kedua lawatan, Dr Mahathir dijadual menghadiri Persidangan Bersama ke-36 Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca)-Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Forum Perniagaan Malaysia di sini.
Beliau akan menyampaikan ucaptama berkaitan keadaan semasa di Malaysia dan jangkaan pelaburan dari Jepun kepada kira-kira 600 tokoh korporat serta peneraju industri.
Sebelum itu, beberapa jam selepas ketibaannya, perdana menteri akan dianugerahkan ijazah kehormat doktor falsafah oleh Tsukuba University di kampus Tokyo universiti itu, merupakan pengiktirafan tertinggi oleh institusi pengajian tinggi berkenaan terhadap sumbangan beliau dalam mempertingkatkan pertukaran dalam bidang penyelidikan dan pendidikan di peringkat antarabangsa.
Pada hari ketiga pula, Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama di Toyo University di sini dan berinteraksi dengan belia Jepun, terutamanya pelajar universiti itu.
Beliau akan berlepas pulang ke tanah air pada tengah hari Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 05 2018

Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini pada Isnin untuk memulakan atur cara yang padat dalam lawatan kerja tiga hari beliau ke Jepun. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mahathir tiba di Jepun untuk lawatan kerja ketiga
Pesawat yang membawa pemimpin terulung Malaysia itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda kira-kira 4 petang waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

Dr Mahathir bakal jadi tumpuan pada Persidangan Nikkei 2018
Beliau merupakan insan yang membawa banyak contoh kejayaan untuk Malaysia termasuk menerapkan Dasar Pandang ke Timur dalam agenda pembangunan negara pada lewat 1980-an.

Projek kereta api laju antara topik perbincangan Najib-Abe
Perkara lain yang dijangka disentuh dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu ialah soal keselamatan rantau terutama berhubung Laut China Selatan.