Mahkamah Tinggi di sini hari ini telah membatalkan saman bekas anggota Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin berhubung pemecatannya dari parti itu.
Pesuruhjaya Kehakiman, S. Nantha Bala memutuskan bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar perkara berhubung pertikaian dan hal ehwal parti politik di bawah Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan 1966.
"Sejak mula seksyen 18(c) dalam akta itu dikuatkuasakan, semua percubaan oleh ahli parti untuk membawa rungutan mereka ke mahkamah telah gagal," katanya sambil menambah bahawa seksyen itu memperakui semua bentuk saman melibabtkan parti politik tidak akan dilayan oleh mahkamah.
Secara teori, sesebuah parti politik boleh memutuskan untuk mahu tidak mahu untuk pecat atau gantung sesiapa sahaja yang mereka mahu atas apa jua alasan, katanya.
Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan permohonan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Anina.
Beliau kemudian mengarahkan Anina, 40, membayar kos RM5,000 kepada Tengku Adnan dan Ab Rauf, selaku defendan.
"Ini bukan untuk mengatakan atau membayangkan bahawa plaintif (Anina) bukan lagi menjadi ahli UMNO atas sebab tidak serius tetapi sebaliknya melanggar Fasal 20.9 perlembagaan parti dengan mengheret isu parti ke mahkamah," katanya.
Pada 5 Okt lepas, Anina memfailkan saman terhadap Tengku Adnan dan Ab Rauf, antara lain, menuntut pengisytiharan bahawa dua surat pemecatan yang dikeluarkan oleh defendan tidak sah dan tidak menjejaskan keahliannya.
Anina dipecat daripada UMNO selepas beliau memfailkan saman pada 8 Ogos lepas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi presiden parti itu.
Nantha berkata mengikut Fasal 20.11.2 perlembagaan parti, Anina boleh mengemukakan rayuan selepas tiga tahun untuk mengembalikan keahliannya.
Di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili defendan, memberitahu pemberita bahawa beliau akan menggunakan penghakiman itu dalam kes saman berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang difailkan oleh Anina terhadap Najib dan Ab Rauf.
Anina, yang dihadir di mahkamah, diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Bernama
Mon Dec 07 2015

Pada 5 Okt lepas, Anina memfailkan saman terhadap Tengku Adnan dan Ab Rauf, antara lain, menuntut pengisytiharan bahawa dua surat pemecatan yang dikeluarkan oleh defendan tidak sah. - Gambar Fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Anina selesai, kedua-dua pihak rekod persetujuan
Saman fitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Anina Saadudin diselesaikan selepas kedua pihak mencapai persetujuan hari ini.

Ismail Sabri saman Anina Saadudin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anina Saadudin atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi FB miliknya.

"Hanya untuk hiburkan kanak-kanak"
Mohd Fisol berkata cop di tangan kanak-kanak semasa Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah hanya untuk keseronokan semata-mata.

Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina
Tan Sri Rafizah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim diminta untuk mengisytiharkan aset masing-masing selepas kini giat membantu dalam kempen Pakatan Harapan (PH) dalam PRU kali ini.

Pakatan pembangkang lemah dan longlai - Anina
Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, menggesa rakyat negara ini memilih kerajaan untuk generasi Malaysia pada masa depan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tahniah Tun Mahathir, kerana berjaya mempergunakan pembangkang - Anina
Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika menang PRU14 kelak akan menambah kecelaruan terhadap parti gabungan itu sendiri.

Apakah Pakatan tiada calon PM selain Tun M, soal Anina
Jawatan Perdana Menteri sementara yang mungkin diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai calon yang lebih baik daripada bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam
Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan berhubung saman salah guna jawatan awam.

Anina tarik balik saman berhubung pemecatannya dalam UMNO
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina berkata saman itu ditarik balik atas alasan tiada lagi isu berhubung keanggotaan Anina dalam UMNO dan ia tidak relevan serta bersifat akademik.

Anina gugurkan saman terhadap PM Najib
Anina telah membuat rayuan terhadap pembatalan saman oleh Mahkamah TInggi pada 31 Disember tahun lalu.