Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad untuk menggugurkan dua daripada empat kenyataan akhbar beliau yang terkandung dalam saman bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terhadapnya.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar memutuskan bahawa perkataan yang didakwa berunsur fitnah dalam dua kenyataan akhbar bertarikh 15 dan 20 April itu tidak merujuk kepada Mukhriz.
"Oleh itu, tindakan ini adalah tidak kukuh," katanya.
Bagaimanapun, hakim itu menegaskan bahawa kenyataan akhbar ketiga dan keempat yang dikeluarkan pada 23 dan 26 April hanya boleh ditentukan melalui perbicaraan penuh sama ada ia berbaur fitnah atau tidak.
Mukhriz, 51, memfailkan saman itu pada 3 Mei tahun lepas, dengan mendakwa bahawa Tengku Sharifuddin telah mengeluarkan empat kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau masing-masing pada 15, 20, 23 dan 26 April.
Kenyataan itu dikeluarkan di bawah tajuk 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister'; 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Former DPM's Reuters Interview'; 'Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister's Press Secretary'; dan 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamad and Mukhriz Mahathir'.
Mahkamah menetapkan 14 Mac bagi pengurusan kes berikutnya.
Tengku Sharifuddin diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos manakala Mukhriz, oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Jahaberdeen memberitahu pemberita beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan merayu terhadap keputusan hari ini.
Tengku Sharifuddin memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Mukhriz dan menggugurkan semua kenyataan akhbar beliau yang terkandung dalam saman itu, pada 11 Okt tahun lepas.
Mukhriz, dalam writ saman beliau, mendakwa bahawa kenyataan itu membayangkan bahawa Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkomplot dalam kempen jahat untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan beliau terlibat secara langsung dalam plot antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Tengku Sharifuddin dalam pernyataan pembelaannya, menafikan bahawa keempat-empat kenyataan itu memfitnah Mukhriz dan menegaskan bahawa kenyataan itu bertujuan membalas tuduhan tidak benar terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Defendan itu berkata beliau tidak pernah berniat jahat dalam mengeluarkan kenyataan media itu yang disiarkan untuk pengetahuan dan kepentingan rakyat Malaysia.
Beliau berkata beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahankan perdana menteri dan membalas tuduhan tidak benar supaya rakyat memperoleh gambaran dan fakta tepat, yang sengaja diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik. -- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2017

Mahkamah Tinggi membenarkan Tengku Sharifuddin untuk menggugurkan dua daripada empat kenyataan akhbarnya dalam saman Mukhriz. - Gambar hiasan

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Menteri Ekonomi ASEAN kolektif kerjasama dengan AS
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menegaskan persetujuan untuk bekerjasama secara kolektif dan mengekalkan pendekatan keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Amerika Syarikat.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
FGV sasar capai margin keuntungan lebih baik
FGV Holdings Bhd menyasarkan untuk mencapai margin keuntungan yang lebih baik pada separuh pertama tahun 2025 susulan bekalan yang terhad dan permintaan tinggi sempena musim perayaan yang dijangka mengekalkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada paras tinggi.
18 keutamaan ekonomi dipersetujui negara anggota
ASEAN mencapai persetujuan terhadap sembilan daripada 18 PED yang ditetapkan Malaysia setakat ini.
Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang isbat yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.

PRN Johor: Mukhriz kecewa ada pihak perkenal Tun M sebagai pengerusi parti lain
Tun M masih lagi berperanan sebagai Pengerusi Pejuang, tegas Mukhriz.

Kedah tangguh PKPB, teliti syarat dan garis panduan - Mukhriz
Penangguhan itu sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) membuat keputusan mengenainya pada Selasa.

Kemenangan Tok Mat di Rantau 'tak aci' - Mukhriz
Keputusan mahkamah mengenai pembatalan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas adalah suatu keputusan yang tepat.

Cari kaedah baharu agih hasil kutipan cukai negara - Mukhriz
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan mencari kaedah baharu untuk mengagihkan hasil kutipan cukai negara secara saksama kepada semua negeri.

Mahkamah gugurkan dua kenyataan Tengku Sharifuddin dalam saman Mukhriz
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Datuk Seri Tengku Sharifuddin untuk menggugurkan dua daripada empat kenyataan akhbar beliau yang terkandung dalam saman Datuk Seri Mukhriz terhadapnya.

Pelantikan Exco Kedah: Ahmad Bashah tangkis spekulasi, kekalkan pentadbiran
Pelantikan tersebut sekaligus menangkis dakwaan kononnya Ahmad Bashah akan menggugurkan ketiga-tiga Exco tersebut dalam kepimpinannya.