Mahkamah Tinggi hari ini merujuk kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh ke Mahkamah Persekutuan bagi memastikan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA).
Hakim Datuk Mohd Azman Husin berkata mahkamah akan mengemukakan tiga persoalan berhubung isu perlembagaan ke mahkamah tertinggi negara tidak lama lagi, antara lain, adakah tuduhan terhadap tertuduh sebagaimana yang dikemukakan di mahkamah ini mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, di luar lingkungan perlembagaan SOSMA?
"Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah ya, adakah tertuduh mempunyai hak untuk dibebaskan dengan ikat jamin dengan serta-merta?
"Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah tidak, haruskah perbicaraan terhadap kedua-dua tertuduh dijalankan di Mahkamah Sesyen mengambil kira peruntukan hukuman tertakluk di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan?" katanya.
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla dan Zainur Zakaria yang mewakili Khairuddin dan Chang serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud dan Mohamad Abazafree Mohd Abbas.
Pada 13 Okt, Khairuddin dan Chang memfailkan notis usul mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, di Mahkamah Tinggi memohon beberapa perintah antaranya pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan tidak tergolong sebagai pertuduhan untuk dibicarakan mengikut SOSMA dan sehubungan itu memohon mahkamah melepaskan mereka dengan jaminan berpatutan.
Khairuddin, 53, dan Chang, 65, didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun ini.
Lokasi berkenaan adalah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai polis Charing Cross, London, United Kingdom, Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai polis WaiChan, Hongkong dan Ibu Pejabat Polis Cantonment, Singapura.
Bernama
Mon Oct 19 2015

Mahkamah Tinggi hari ini merujuk kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh ke Mahkamah Persekutuan. -Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Mahkamah Tinggi rujuk kes Khairuddin dan Chang ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Mohd Azman Husin berkata mahkamah akan mengemukakan tiga persoalan berhubung isu perlembagaan ke mahkamah tertinggi negara tidak lama lagi.