Cucu Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz berhasrat mengikut jejak datuknya menjadi seorang pendakwah yang disegani.
Muhammad Anwar Mohamad Yusri, 17, yang belajar di Maahad Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (MATIN) di Kangar, Perlis berkata beliau mahu menyambung legasi datuknya menyumbang dalam bidang agama.
"Tok Wan gembira apabila saya menyuarakan hasrat untuk belajar dalam bidang agama seperti dia dan jika ada masa terluang dia akan melawat saya di sekolah.
"Jika diizinkan Allah SWT, saya ingin menyambung legasi dia dalam bidang agama ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Batu Muda, pada Rabu.
Muhammad Anwar yang akan mengikuti pembelajaran di luar negara tahun depan berkata datuknya itu sering memberi nasihat supaya beliau belajar agama dengan bersungguh-sungguh.
"Tok Wan seorang yang tegas... memang sedih apabila dapat tahu dia pergi beberapa hari sebelum Ramadan.
"Kalau bulan Ramadan, Tok Wan akan jadi imam solat terawih dan dia selalu hantar makanan kepada saya di sekolah," katanya.
BACA: Umat Islam berduka pemergian Allahyarham Hassan Din
Sementara itu, Mohamad Yusri Abu Hassan, 45, berkata bapanya sentiasa berpesan supaya beliau adik beradik solat dengan sempurna untuk mendapat keredhaan Allah.
"Walaupuh wajah ayah dilihat sedikit garang berbanding abang-abangnya tetapi dia seorang yang suka bergembira dan berjenaka dengan kami," katanya.
BACA: Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia
Allahyarham Abu Hassan, 73, disahkan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi selepas rebah dan tidak sedarkan diri selepas menunaikan solat subuh.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih selepas Asar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2019
Muhammad Anwar yang akan mengikuti pembelajaran di luar negara tahun depan berkata datuknya itu sering memberi nasihat supaya beliau belajar agama dengan bersungguh-sungguh. --fotoBERNAMA
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Mahu ikut jejak Tok Wan jadi pendakwah - Cucu Abu Hassan Din
Muhammad Anwar Mohamad Yusri, 17, yang belajar di Maahad Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (MATIN) di Kangar, Perlis berkata beliau mahu menyambung legasi datuknya menyumbang dalam bidang agama.