Kerajaan menetapkan majikan wajib memberi hari kelepasan am berbayar kepada pekerja seluruh negara pada 9 Sept ini bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata perkara itu termaktub dalam seksyen 60D (1)(a) Akta Kerja 1955, Seksyen 103(1)(a) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan seksyen 104 (1)(a) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Riot berkata sekiranya Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XV itu jatuh pada hari cuti rehat, maka hari bekerja berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am berbayar sebagai ganti bagi hari kelepasan tersebut.
"Bagi pekerja yang mempunyai cuti rehat lebih daripada sehari, hari terakhir bagi cuti rehat tersebut merupakan 'cuti rehat' bagi maksud ini," katanya.
Kerajaan telah bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda kepada 9 Sept (Sabtu) daripada 29 Julai.
Bagi Sarawak yang telah mengisytiharkan hari Sabtu, 9 Sept ini sebagai Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak, Riot berkata tiada hari kelepasan am berbayar tambahan diberi sebagai cuti gantian.
"Ketidakpatuhan kepada undang-undang ini merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan, majikan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 menurut seksyen 99A Akta Kerja 1955; Seksyen 130M Ordinan Buruh (Sabah Bab 67); dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017

RIOT: Jika Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XV itu jatuh pada hari cuti rehat, maka hari bekerja berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am berbayar sebagai ganti bagi hari kelepasan tersebut. - Gambar fail

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.
KWSP: Lebih 400,000 ahli baharu, jumlah ahli cecah 16.22 juta
Daripada jumlah itu, 8.78 juta adalah ahli aktif, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia.
Tubuh jawatankuasa, kemudian bincang peruntukan - TPM
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik
Aset pelaburan KWSP mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.
AWANI Ringkas: Jumlah dividen KWSP lebih tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dividen yang kukuh bukti daya tahan KWSP - Amir Hamzah
Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh KWSP pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin.

Murid cedera dilanggar SUV ketika melintas jalan
Seorang murid cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang melintas berhampiran kawasan sekolah di Subang Bestari.

Ahmad Khairuddin dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN
Ahmad Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN yang baharu.

Mawar merah 'terakhir' buat Akiko Okimura
Jenazah isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

Majikan wajib beri hari kelepasan am berbayar 9 September - Riot
Kerajaan menetapkan majikan wajib memberi hari kelepasan am berbayar kepada pekerja seluruh negara pada 9 Sept ini bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V.