Majlis Fatwa Kebangsaan sedang mengkaji penggunaan rokok elektronik atau vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata Felo Penyelidik Majlis Fatwa Kebangsaan bersama pakar kesihatan, ekonomi dan alam sekitar kini sedang menjalankan kajian tentang vape.
"Hasil penyelidikan kemudiannya akan dibentangkan kepada ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan serta mufti setiap negeri, barulah satu keputusan akan diambil mengenainya," katanya kepada Bernama.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Kabinet hari ini yang tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor sebagai berkata Kabinet memutuskan perkara itu.
Abdul Shukor berkata keputusan penggunaan vape sama ada haram atau sebaliknya hanya akan diputuskan selepas beberapa proses kajian dilakukan.
"Ada beberapa proses yang perlu dilalui terlebih dahulu. Apabila selesai, keputusannya kita akan uar-uarkan kepada masyarakat.
"Rokok dan shisa sebelum ini telah diwartakan sebagai haram penggunaannya kerana kandungannya berupa tembakau yang jelas memudaratkan kesihatan," katanya.
Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan hari ini berkata Kabinet mengenal pasti keperluan untuk mengadakan lebih banyak pendidikan kesihatan awam mengenai kesan pengambilan vape dan peraturan lebih ketat mengenai penggunaannya.
"Kementerian Kesihatan akan segera melaksanakan kedua-dua langkah itu," katanya dan menambah kejayaan kepada langkah tersebut dan kewujudan bukit seterusnya akan menentukan sama ada terdapat keperluan untuk melarang penggunaan vape di masa depan.
Dr Subramaniam berkata budaya mengguna vape di Malaysia dibincang secara menyeluruh oleh Kabinet yang kemudian mengambil kira kesan menghisap rokok dan rokok elektronik.
Bernama
Fri Oct 30 2015

Majlis Fatwa Kebangsaan sedang mengkaji penggunaan rokok elektronik atau vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam. -Gambar hiasan

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.

Jemaah haji diminta tidak sembunyi penyakit
Bakal jemaah haji diminta tidak menyembunyikan penyakit mereka daripada pengetahuan Tabung Haji (TH).

Majlis Fatwa kaji penggunaan vape
Majlis Fatwa Kebangsaan sedang mengkaji penggunaan rokok elektronik atau vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam.

Pemerintah kenakan GST hukumnya harus - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menyatakan hukumnya harus selagi terdapat keperluan untuk negara dan rakyat.