Majlis perjumpaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini kecoh seketika apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.
Sekitar 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.
Kekecohan itu hanya berlaku sekitar dua minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.
"Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.
"Saya bukan nak jadi perdana menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 21 2018

Sekitar 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis siasat video tular pemandu e-panggilan hina agama Islam dan negara
Polis sedang menyiasat video tular membabitkan seorang pemandu e-panggilan yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan negara Malaysia kepada pelancong asing baru-baru ini.

Dua lelaki ditahan edar dadah guna teksi, e-panggilan
Polis telah menahan suspek pertama yang memandu sebuah teksi, dipercayai bertindak sebagai 'penghantar' di sekitar Kelana Jaya.

airasia ride cadang perluas perkhidmatan ke Thailand pada 2022
Syarikat itu akan bermula dengan Bangkok, sebelum mengembangkan liputannya ke bandar lain di negara itu.

AirAsia sasar jadi syarikat penghantaran makanan, e-panggilan terbesar di Asia
AirAsia Group menyasar untuk menjadi syarikat penghantaran makanan dan e-panggilan terbesar di Asia.

Proton tawar kad minyak percuma kepada pembeli kereta e-hailing
Pelanggan yang membeli Proton Persona, Iriz, Exora, Saga atau Proton X70 baharu dari pusat jualan Proton akan ditawarkan dengan kad hadiah itu.

Grab lancarkan projek perintis GrabBike di Lembah Kelang
Projek perintis GrabBike ini merupakan sebahagian daripada program Pembuktian Konsep untuk kerajaan, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Khidmat e-panggilan motosikal dimuktamad akhir tahun ini - MOT
Menurut kementerian itu, rangka perundangan dan syarat perkhidmatan itu masih dalam proses penyediaan.

'Jangan meroyan kalau orang pilih Grab dari teksi'
Tindakan pemandu teksi berkenaan adalah sangat biadab dan kelihatan seperti samseng terutamanya jika membabitkan seorang negarawan seperti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Pengangkutan kesal tindakan pemandu teksi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kesal dengan tindakan pemandu teksi yang membuat kecoh dalam dialog bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, pagi tadi.

Majlis perjumpaan Tun M kecoh diganggu pemandu teksi biadap
Majlis perjumpaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini kecoh seketika apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis.