Tidak lengkap Tahun Baru Cina tanpa jamuan makan besar bersama ahli keluarga.
Bukan hanya dikatakan membawa tuah tetapi tradisi ini kaya dengan nilai simboliknya.
Hidangan seperti ikan, udang, ayam, mee, limau mandarin serta kuih bakul antara sajian wajib ketika jamuan makan besar.
Pemilihan menu penting kerana setiap makanan yang dihidangkan memiliki makna berbeza.
Bagi simbolik ikan dan ayam, dalam perkataan Cina, ia membawa tuah yang banyak.
Menurut Penolong Ketua Masak The Westin Hotel, Shahril Omar, seekor ikan dan ayam yang dihidangkan itu melambangkan permulaan yang baik ke akhir tahun.
“Macam ikan, kita tahu ia akan memberi kemewahan dan memberi rezeki kepada mereka.
“Kita juga ada udang yang membawa keriangan bersama keluarga”, katanya baru-baru ini.
Tambah beliau, kuih bakul atau Nian Gao bermakna kek tahunan.
Gao, perkataan Cina bererti tinggi dan memberi simbolik kepada pencapaian tahap tertinggi pada tahun akan datang.
“Pada hari tu, benda benda yang kurang baik akan berlalu. Semuanya melambangkan semangat kekeluargaan”, katanya.
Menjelang Tahun Baru Cina, limau mandarin seringkali dipamerkan atau dihadiahkan kepada tetamu simbolik kepada kesejahteraan dan kemewahan.
Menurut Koordinator Pemasaran dan Komunikasi, Lim Tze Wen, jamuan makan besar bersama keluarga adalah wajib.
“Kita akan pergi ke restaurant Cina makan besar dan ada banyak lauk yang istemewa.
“Kita akan menempah pelbagai makanan sebanyak yang boleh dan dengan ini, ia juga dapat mengeratkan hubungan dengan saudara mara yang lama tidak berjumpa semasa Tahun Baru Cina”, katanya.
Manakala bagi Chow Shin Hui, seorang kerani pula berkata beliau mahu mengekalkan tradisi makan besar di kalangan golongan muda.
“Sebab ini adalah tradisi kita, saya rasa saya nak mengekalkan tradisi budaya Cina dalam golongan muda.
“Saya juga akan menjemput kawan saya datang ke rumah saya semasa Tahun Baru Cina”, katanya.
Kalendar Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Anthea Yap
Fri Jan 27 2017
Tidak lengkap Tahun Baru Cina tanpa jamuan makan besar bersama ahli keluarga. - fotoBERNAMA
Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.
Produk 'ham and cheese sandwich' dijual di UM tiada sijil halal - JAKIM
Jakim mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
[TERKINI] USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan ‘menyembunyikan’ kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memohon perintah larangan (gag order) berkaitan semakan kehakiman yang melibatkan dakwaan titah tambahan olehh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut.
Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut.
Pengambilalihan MasWings selesai, proses jual beli dilaksana bulan depan
Rundingan penetapan nilai aset syarikat penerbangan MasWings kini selesai selepas kerajaan Sarawak dan Malaysian Aviation Group (MAG) mencapai persetujuan dengan bantuan penilai ketiga.
Seramai 496,541 pelajar terima manfaat BAP di Sabah
Seramai 496,541 pelajar bakal menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) melibatkan peruntukan lebih RM74,481,150.
Lawatan kerja: PM adakan pertemuan dengan syarikat gergasi UAE
Perdana Menteri memulakan hari kedua lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pertemuan bersama syarikat-syarikat gergasi negara itu.
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.
Pihak berkuasa Los Angeles bersedia tangani kebakaran
Pihak berkuasa Los Angeles bersedia menghadapi gelombang baharu angin kencang yang berpotensi memperhebatkan kebakaran hutan yang berterusan di negeri itu.
23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad.
Makan besar Tahun Baharu Cina kaya dengan simbolik
Tidak lengkap Tahun Baru Cina tanpa jamuan makan besar bersama ahli keluarga.