Wajah sugul Asma Aziz benar-benar sukar disembunyikan. Maklum, baru semalam wanita itu melepaskan anaknya, Muhammad Adib Mohd Kassim kembali bertemu Sang Pencipta.
Kerinduan Asma terhadap Adib terlalu sukar untuk diterjemah dengan kata-kata sehinggakan tidur malamnya juga terganggu.
Selera makan juga tiada, hanya air saja yang mampu diteguknya sejak dari detik pertama menerima berita kematian anak kesayangan.
Selepas 24 jam Adib dikebumikan, Asma masih belum mampu mengunjungi pusara anaknya itu lantaran tiada kekuatan untuk melangkah ke tanah perkuburan.
Di mata Asma kini tidak lekang terbayang keperibadian dan pekerti Adib yang sangat menawan. Rasa hormat dan kasih Adib pada keluarga tidak mampu diukur dengan wang ringgit.
“Apa-apa sahaja dia nak buat, pasti dia akan bertanya kami... dia memang seorang yang tidak banyak bercakap namun rapat dengan kami termasuk abang dan dua adik perempuannya,” kata Asma berkongsi luahan rasa kepada sekumpulan wartawan ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah hari ini.
Berusaha memujuk hatinya menjadi kuat dan menerima takdir yang telah ditentukan buat dia dan seluruh anggota keluarga, Asma bagaimanapun, masih belum mampu mengusir pertanyaan kenapa sekejam itu anaknya diperlakukan?
Asma benar-benar bingung. Yang diharapkan wanita berusia 51 tahun itu ialah, arwah anaknya diberikan keadilan yang sewajarnya.
Paling utama juga, Asma mahu melihat wajah-wajah pelaku yang tergamak memperlakukan anaknya sehingga pergi membawa seluruh kekuatan dan kasih sayang mereka sekeluarga.
“'Mak cik nak tengok juga muka sapa yang buat Adib... tergamak buat anak makcik sampai macam itu sekali. Nak tengok muka orang yang kejam ini. Makcik harap hukuman setimpal dikenakan dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Muhammad Adib,” kata Asma meluah perasaan yang bersarang di fikiran.
Hati Asma tidak tenang selagi pelaku tidak dijatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran atas doa seluruh rakyat Malaysia.
Seperti seluruh rakyat Malaysia yang mahu dalang di sebalik kejadian rusuhan itu dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin, Asma juga mengharapkan, perkara yang serupa kerana dia secara peribadi sukar untuk memaafkan pelakon sekalipun reda dengan pemergian Muhammad Adib.
“Tapi sekarang siapa nak mengaku kan (bunuh Muhammad Adib?” soalnya sambil air mata bergenang.
Muhammad Adib, 24, seorang anggota bomba menghembuskan nafas terakhir pada 9.41 malam Isnin (17 Disember) selepas bertarung nyawa akibat dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.
Allahyarham yang sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan Nurul Najihah Radzi pada 22 Disember ini meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Dec 19 2018

ASMA Aziz mahu melihat wajah mereka yang melakukan kekejaman pada anaknya, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada Isnin.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Anggota bomba luar kawasan dikerahkan bantu Bintulu - Tiong
Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataan berkata mereka dijangka tiba esok.

Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.

Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
Dua anggota bomba berdepan situasi mendebarkan ketika melakukan selaman awal pagi ini bagi mencari wanita warga India yang hilang.

Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang
Anggota bomba Turkiye sedang bergelut dalam memadamkan beberapa kebakaran hutan pada Ahad, dengan angin kencang menyukarkan usaha mereka.

Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.

Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aset bot diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) berkuat kuasa serta-merta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.

Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.

Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.

Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.