Satu kumpulan terdiri daripada organisasi dan para profesional kesihatan di Malaysia meminta orang ramai agar kekal tenang dan hanya mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi sahaja dalam usaha mengekang penularan koronavirus.
Selain itu, masyarakat juga perlu sentiasa mengamalkan langkah berjaga-berjaga yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam satu kenyataan media pada Selasa, badan bertindak menggesa rakyat Malaysia, ahli politik, rakan-rakan media dan semua pemegang taruh untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab dalam tempoh ini.
“Keupayaan Malaysia untuk mengatasi wabak penyakit adalah terbukti dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Daripada rekod, Malaysia menduduki tangga ke-18 dalam Global Health Security Index oleh Johns Hopkins Centre for Health Security, mengatasi Singapura dan Korea Selatan.
“British Medical Journal mendapati bahawa Malaysia adalah negara Most Prepared in Health Security. Perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di seluruh dunia.
“Ini jelas terbukti apabila para profesional kesihatan di Malaysia berjaya mengatasi ancaman wabak sebelum ini, seperti virus Nipah pada tahun 1998, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) (2003), H1N1 (2009) dan MERS (2014).
“Setiap hari, kami tetap bertungkus-lumus melawan ancaman denggi, tuberkulosis dan HIV, serta pelbagai penyakit serius yang lain.
"Para profesional kesihatan Malaysia akan menerajui usaha untuk mengatasi situasi ini,” katanya.
Badan bertindak organisasi kesihatan ini terdiri daripada Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia, Akademi Perubatan Keluarga Malaysia, Persatuan Juruwarat Malaysia dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
Malangnya, sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak telah menyebabkan panik apabila berita palsu dan khabar angin disebarkan melalui media sosial.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah pun menitahkan rakyat supaya tidak menyebarkan berita palsu atau kontroversi.
Langkah baharu akan diambil berikutan perkembangan situasi semasa.
Sekatan perjalanan sementara terhadap warganegara Cina tertentu telah pun dikuatkuasakan.
“Bagaimanapun, ia hanyalah satu langkah untuk mengatasi situasi ini. Kita mesti bertindak secara tenang, mengamalkan langkah berjaga-jaga, mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat dan mengehadkan perjalanan dalam dan luar negara.
“Kami menggesa anda untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih, terutamanya daripada KKM. Kami menyeru supaya kita menggunakan media sosial secara bertanggungjawab.
“Penyebaran berita atau khabar angin yang palsu adalah salah di sisi undang-undang, dan menggugat keberkesanan KKM,” jelasnya.
BACA: Bersatu menentang koronavirus secara tenang, rasional dan mantap
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
BACA: Koronavirus: Angka korban meningkat, 106 disahkan maut di China
Badan bertindak itu turut menyatakan penghargaan atas keberanian, pengorbanan dan profesionalisme semua doktor, jururawat, ahli farmasi, pembantu perubatan, pakar kesihatan awam, pakar epidemiologi dan ahli sains di Malaysia.
“Kita akan mengatasi wabak ini sebagai negara yang bersatu dan kekal memelihara perpaduan Malaysia.
“Sebagai para profesional kesihatan Malaysia, kami meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan Kementerian Kesihatan.
“Kami menyeru seluruh Malaysia untuk memainkan peranan masing-masing untuk melindungi semua Rakyat Malaysia,” katanya.
Sahlizah Mohamed
Tue Jan 28 2020

Orang ramai digesa agar kekal bertenang dan hanya mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi sahaja dalam usaha mengekang penularan koronavirus. -Astro AWANI/Shahir Omar

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.

Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.

Teknologi rawatan HIV kini bantu pesakit hidup normal - MAC
Teknologi rawatan HIV ketika ini telah menyaksikan kemajuan yang sangat baik dalam usaha membantuk penghidap HIV atau PLHIV hidup dengan sihat.

14 kanak-kanak di India dijangkiti HIV, Hepatitis selepas transfusi darah
Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan.

Rawatan PrEP perlu dilihat dengan lebih meluas
Apa yang penting adalah bidang perubatan bertujuan merawat sesiapa sahaja dan bukannya menghukum.

Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.

Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.

Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.