Malaysia belum lagi mengalami kes sporadik susulan kluster kedua membabitkan kira-kira 5,000 peserta negara ini yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan individu terbabit boleh dikesan selain pihaknya sudah memaklumkan kepada yang terbabit untuk menghubungi Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menjalani saringan.
"Kes-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik, tidak betul apabila siasatan lanjut mendapati pesakit merupakan salah seorang peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
"Kita juga bersedia untuk mendedahkan jumlah kes positif COVID-19 mengikut negeri.
"Namun, biar kami lakukan analisis dahulu … ia boleh didedahkan. Saya tidak fikir negeri-negeri ada banyak masalah (kerana nama hospital kerajaan yang mempunyai kes positif COVID-19 didedahkan)," katanya sambil menambah majoriti kes dari gelombang kedua datang dari Lembah Klang.
Dr Noor Hisham berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster COVID-19 yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, di sini pada Khamis.
Selain itu katanya KKM turut mengambil maklum kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai situasi terkini COVID-19 di peringkat global yang melibatkan 114 negara.
Tambahnya, WHO juga telah mengisytiharkan kejadian COVID-19 sebagai pandemik dengan mengambil kira terdapat peningkatan kes yang ketara di negara-negara selain dari China.
"WHO juga memaklumkan bahawa langkah pencegahan dan kawalan yang sedang dijalankan kini masih relevan dan dicadangkan untuk dipertingkatkan.
"Dengan pengumuman WHO ini, KKM akan terus memastikan langkah kawalan dan pencegahan jangkitan COVID-19 yang telah dijalankan dikaji mengikut situasi semasa di negara kita dan akan dipertingkatkan," katanya.
Astro Awani
Thu Mar 12 2020
DR NOOR HISHAM: Majoriti kes dari gelombang kedua COVID-19 datang dari Lembah Klang. - Gambar fail
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.
Jadual padat menanti PM Anwar pada hari terakhir lawatan kerja di China
Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di The Great Hall of People kira-kira pukul 5.30 petang.
Malaysia, Bank of China, teroka penyelesaian perdagangan mata wang tempatan
Perbincangan Anwar bersama bank tersebut, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan hubungan ekonomi dua hala dengan China.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
China dijangka kekal jadi rakan dagang terbesar Malaysia pada masa depan
China dijangka terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia, lebih-lebih lagi dengan kematangan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sudah mencecah 50 tahun.
PM Anwar, delegasi Malaysia diberi penghormatan tinggi dalam lawatan kerja ketiga ke China
Malaysia menerima penghormatan besar oleh China dalam siri lawatan kerja ketiga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu yang bermula 4 hingga 7 November 2024.