Malaysia masih belum mampu memberi hak istimewa sepenuhnya kepada pelarian etnik Rohingya ke negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata atas sebab itulah negara sehingga kini tidak menganggotai Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.
"Sesebuah negara anggota bagi konvensyen dan protokol itu perlu hak-hak sebagaimana dinikmati oleh warganegara seperti akses bekerja, kemudahan hospital kerajaan dan klinik kesihatan percuma, akses
pendidikan di sekolah kerajaan dan sebagainya kepada pelarian.
"Dalam kalangan negara ASEAN, hanya Filipina dan Kemboja merupakan anggota konvensyen dan protokol ini," katanya.
Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Dungun (Pas) Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) mengenai menyatakan pendirian kerajaan terhadap kedatangan pelarian Rohingya dan usaha-usaha penyelarasan terhadap mereka yang berada di negara ini.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Malaysia kekal komited meneruskan hubungan dua hala dengan Myanmar bagi memastikan usaha mencari
penyelesaian terbaik terhadap krisis yang melanda masyarakat Rohingya tidak terbantut.
Jelasnya, kerajaan juga akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Myanmar bagi menyelesaikan isu tersebut sejajar dengan semangat solidariti ASEAN.
Dalam pada itu, kata Shahidan, pada masa ini hanya 40 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) daripada etnik Rohingya berminat dengan Projek Perintis
Kebenaran Bekerja di negara ini.
Jelasnya, ia masih belum memenuhi sasaran 300 orang untuk projek berkenaan.
"Ini bermakna, mereka sudah berada dalam pasaran pekerjaan. Yang datang kepada kita baru 40 orang, belum capai 300 sasaran. Untuk makluman, terdapat lebih 60,000 pemegang kad UNHCR ketika ini," katanya.
Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia sebagai anggota komuniti antarabangsa bertanggungjawab akan terus memainkan peranan menyumbang usaha menangani penderitaan yang dihadapi
golongan minoriti Islam Rohingya di Myanmar.
Tegasnya, Malaysia turut menggalakkan anggota komuniti antarabangsa untuk menyumbang usaha bagi mengurangkan penderitaan yang ditanggung kaum Rohingya.
Wan Syamsul Amly
Tue Apr 04 2017
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata atas sebab itulah negara sehingga kini tidak menganggotai Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967. -Gambar fail
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Dapatkan keberanian moral dan kekuatan politik untuk lakukan apa yang betul - Muhyiddin
Kebolehpercayaan terhadap PBB boleh dipulihkan sekiranya ahli PBB mendapatkan keberanian moral dan kekuatan politik untuk melakukan apa yang betul.
Apa rasanya menjadi pelarian?
Demi Tuhan, sukar untuk menggambarkan kepayahan dan keperitan pengalaman ini apatah lagi meletakkan diri sendiri dalam situasi rakyat Syria.
Malaysia belum mampu beri hak istimewa kepada pelarian Rohingya
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata atas sebab itulah negara sehingga kini tidak menganggotai Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.