Kegagalan untuk melindungi kawasan tadahan air bakal menyaksikan negara berdepan dengan masalah krisis air yang serius.
Pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Awang Noor Abd Ghani berkata sehubungan itu perlu ada rancangan pengurusan tanah yang lebih komprehensif dan mapan bagi melindungi kawasan sensitif itu daripada terus diteroka.
Mengambil iktibar daripada keadaan Sungai Tembeling yang semakin kering, beliau mengesyorkan langkah pemetaan kawasan tadahan air di seluruh negara.
"Kita perlu mengadakan rancangan pengurusan tanah yang komprehensif bagi membuat pemetaan kawasan-kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan tadahan, yang mana patut dijadikan kawasan untuk tujuan pembalakan, pertanian dan kegunaan lain.
"Ini untuk mengelak kesan kepada sungai itu sendiri dan mungkin di kawasan hilir sungai, kerana kita dapati jika berlaku aktiviti pembalakan, hakisan dan pemendapan tanah akan berlaku pada sungai seperti mana berlaku di Sungai Tembeling," katanya kepada Astro AWANI.
Apa yang nyata, pemuliharaan sumber di kawasan tadahan air adalah lebih menjimatkan daripada kerja memulihkan semula keadaan sungai yang hampir kontang.
"Untuk menggali sungai itu memang memerlukan kos yang tinggi dan ini saya rasa tidak mungkin boleh dilaksanakan. Jadi untuk masa depan, kita perlu rancangan komprehensif pembangunan tanah yang menyeluruh supaya dapat menentukan kawasan berisiko tinggi untuk dilindungi," katanya.
Ambil masa untuk pulih
Persoalannya kini, adakah keadaan Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dapat diselamatkan?
Menurut Prof Awang, untuk kualiti air sungai untuk pulih sepenuhnya, ia mungkin mengambil masa.
"Mengikut kajian, dalam tempoh enam tahun kualiti air akan pulih seperti biasa. Ia adalah berdasarkan kajian saintifik ahli oleh penyelidik hidrologi, dengan syarat tidak ada pembalakan yang berterusan di kawasan berkenaan," katanya.
Dengan kadar populasi penduduk yang semakin bertambah, ia sekali gus menyaksikan permintaan air juga meningkat.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua negeri melindungi kawasan tadahan air dan bukan mengecilkannya.
Sebelum ini, Astro AWANI menyiarkan siri laporan khas bertajuk "Kerakusan Manusia Musnahkan Sungai Tembeling" yang menyingkap keadaan Sungai Tembeling yang cetek berikutan dakwaan pembalakan tidak terkawal sehingga menjejaskan kehidupan harian penduduk.
Turut terjejas adalah di hilir Sungai Tembeling iaitu Sungai Pahang.
BACA: Derita Ulu Tembeling: Sungai kering, pengangkutan utama lumpuh
BACA: Sungai Pahang cetek, pengusaha ikan sangkar terjejas
BACA: Penduduk Kampung Mat Daling bantah pembalakan di kawasan tadahan air
Tan Su Lin
Thu Apr 14 2016
![Malaysia berdepan krisis jika gagal lindungi kawasan tadahan air - Pakar Malaysia berdepan krisis jika gagal lindungi kawasan tadahan air - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61460644480_SungaiLembing.jpg)
Untuk mengelak sungai menjadi kering, langkah disyorkan adalah pemetaan kawasan tadahan air di seluruh negara. -Astro AWANI/Shahir Omar
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Insiden kepala air Ulu Slim: 'Kayu hanyut bukan sebab pembalakan' - MB Perak Insiden kepala air Ulu Slim: 'Kayu hanyut bukan sebab pembalakan' - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724475045_pokoktumbang.jpg)
Insiden kepala air Ulu Slim: 'Kayu hanyut bukan sebab pembalakan' - MB Perak
Sisa kayu dan pokok tumbang yang hanyut di Sungai Slim dalam kejadian kepala air di Slim Village pada Jumaat bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.
![MTL: Semua aktiviti pembalakan, rekreasi di Perak dihentikan sementara MTL: Semua aktiviti pembalakan, rekreasi di Perak dihentikan sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41588469138_MohamedZinYusop.jpg)
MTL: Semua aktiviti pembalakan, rekreasi di Perak dihentikan sementara
Aktiviti pembalakan tidak dibenarkan di Perak mulai 1 November hingga 31 Disember ini, kerana keadaan cuaca yang tidak menentu, sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).
![Fenomena kepala air: Tekanan di empangan sementara antara faktor utama Fenomena kepala air: Tekanan di empangan sementara antara faktor utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629320854_kepalaair.jpg)
Fenomena kepala air: Tekanan di empangan sementara antara faktor utama
Fenomena turut menyebabkan kadar air sungai meningkat secara mendadak dan banjir kilat di kawasan penempatan terutama di kawasan tinggi.
![Hari Hutan Antarabangsa: Tiada lagi pembalakan haram, kini semuanya pembalakan 'halal'- Presiden PEKA Hari Hutan Antarabangsa: Tiada lagi pembalakan haram, kini semuanya pembalakan 'halal'- Presiden PEKA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/61534473068_BALAK.jpg)
Hari Hutan Antarabangsa: Tiada lagi pembalakan haram, kini semuanya pembalakan 'halal'- Presiden PEKA
Saban tahun, ada sahaja aduan baik dari penduduk tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang membantah aktiviti berkenaan daripada terus rakus meragut khazanah bumi.
![ADUN lapor polis nafi terlibat aktiviti pembalakan ADUN lapor polis nafi terlibat aktiviti pembalakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616193803_TBADUNPOLISBALAK.jpg)
ADUN lapor polis nafi terlibat aktiviti pembalakan
Ia susulan dakwaan kononnya beliau meluluskan projek pembalakan di kawasan Batu Kurau hingga menjejaskan sumber air penduduk di kawasan tersebut.
![Dalam 9 bulan, kemusnahan hutan Amazon lebih besar daripada luas Negeri Sembilan Dalam 9 bulan, kemusnahan hutan Amazon lebih besar daripada luas Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570895162_AmazonPortoVelho.jpg)
Dalam 9 bulan, kemusnahan hutan Amazon lebih besar daripada luas Negeri Sembilan
Bagi September sahaja, data INOE menunjukkan aktiviti menggondol hutan meningkat sebanyak 96 peratus berbanding tahun lalu.
![Orang Asli Pos Piah Sungai Siput ragui 'wang saguhati' syarikat pembalakan Orang Asli Pos Piah Sungai Siput ragui 'wang saguhati' syarikat pembalakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71566305972_TBORANGASLIRAGUISAG.jpg)
Orang Asli Pos Piah Sungai Siput ragui 'wang saguhati' syarikat pembalakan
Pengerusi Jaringan Orang Asli Kampung Pos Piah, Najib Alang, tindakan itu mendatangkan keraguan kepadanya dan penduduk kampung.
![Pembayaran royalti dan pembalakan dua isu berbeza - Azmin Pembayaran royalti dan pembalakan dua isu berbeza - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71542527458_DatukSeriAzminAli.jpg)
Pembayaran royalti dan pembalakan dua isu berbeza - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan kerajaan PAS Kelantan bahawa isu pembayaran royalti minyak dan aktiviti pembalakan adalah dua perkara berbeza.
![Air kotor dan berselut, pembalakan di Gunung Inas didakwa punca Air kotor dan berselut, pembalakan di Gunung Inas didakwa punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41516419416_airkotor.jpg)
Air kotor dan berselut, pembalakan di Gunung Inas didakwa punca
Dakwa penduduk, sebelum ini air keruh apabila hari hujan sahaja. Tetapi kini warna air keruh ini satu fenomena biasa biarpun ketika cuaca baik.
![Bantahan Orang Asli boleh diselesai - MB Kelantan Bantahan Orang Asli boleh diselesai - MB Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436348250_DATUKAHMADYAKOB.jpg)
Bantahan Orang Asli boleh diselesai - MB Kelantan
Aktiviti pembalakan merupakan sumber hasil kerajaan negeri dan mereka tidak boleh mendesak agar aktiviti itu dihentikan tanpa alasan kukuh.