KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan berhenti untuk meneruskan usaha libat urus bersama negara anggota ASEAN dalam mencari penyelesaian yang muktamad bagi menamatkan krisis politik di Myanmar.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata ini kerana konflik yang berlaku di Myanmar itu bukan sahaja perlu ditangani oleh Malaysia, namun penyelesaiannya memerlukan kesepakatan semua anggota ASEAN kerana ia melibatkan isu yang terkait dengan ASEAN.
"Dalam konteks ini (konflik Myanmar), kita memahami bahawa isu dihadapi ini sangat-sangat rumit yang ideanya akan memungkinkan ada kuasa-kuasa lain nanti untuk campur tangan.
"Ia akan mewujudkan satu suasana apa kita sebutkan sebagai flash-point di kawasan tersebut dan akan menjadikan rantau Asia Tenggara ini tidak aman," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang bertanya sama ada Malaysia dan ASEAN bersedia untuk mengadakan sekatan ekonomi terhadap Myanmar bagi memberi tekanan kepada negara itu untuk mengembalikan demokrasi.
Dalam pada itu, Zambry mengulangi pendirian Malaysia untuk tidak mengiktiraf pemerintahan junta di Myanmar susulan rampasan kuasa tentera di negara berkenaan pada 1 Feb 2021.
"Malaysia sesungguhnya sangat prihatin terhadap krisis politik dan kemanusiaan yang berpanjangan di Myanmar malah ia tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.
"Pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara ASEAN (5PC) masih belum mencapai tahap memuaskan namun Malaysia tetap meneruskan usaha sedia ada dalam membantu Myanmar mencapai penyelesaian terhadap konflik yang berlaku di negara tersebut," katanya.
Selain itu, Zambry berkata meskipun krisis besar yang berlaku di Myanmar ketika ini, namun Kedutaan Malaysia di Myanmar masih diteruskan serta berfungsi untuk memaklumkan mengenai perkembangan yang berlaku di negara itu.
"Meskipun keadaan yang ada sekarang ini agak sukar namun kita tetap meletakkan, meneruskan kedutaan kita di sana melalui kuasa usaha dalam memastikan supaya proses perbincangan dan keterlibatan (bersama anggota ASEAN) dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
"Malah Myanmar masih lagi merupakan salah satu daripada anggota ASEAN. Mahu tidak mahu apa berlaku di sana akan mempunyai impaknya di negara kita," katanya menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu kesan hubungan dua hala antara Malaysia dan Myanmar dalam jangka panjang susulan pendirian Malaysia tidak mengiktiraf pemerintahan junta Myanmar.
Tanggal 1 Feb 2023 menandakan genap dua tahun tentera yang diketuai Jeneral Kanan Min Aung Hlaing menguasai Myanmar dan sejak itu, Myanmar bergolak serta mencetuskan pertempuran di seluruh pelosok negara selain menjejaskan ekonomi.
Rejim tentera Myanmar telah melanjutkan perintah darurat selama enam bulan lagi serta menangguhkan pilihan raya junta yang sepatutnya diadakan menjelang Ogos ketika pihak junta bertindak memerangi pejuang antirampasan kuasa di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Zambry berkata meskipun krisis besar yang berlaku di Myanmar ketika ini, namun Kedutaan Malaysia di Myanmar masih diteruskan serta berfungsi. - Gambar fail
PM Anwar serah 50 naskhah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru
Serahan kitab suci itu dibuat semasa pertemuan PM Anwar bersama anggota persatuan itu yang diketuai oleh Presidennya, Murad Hamida.
Bekas guru alami demensia hilang sejak Isnin lalu
Seorang bekas guru berusia 84 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Bangi, di sini sejak Isnin lalu.
4.1% pelajar tak berjaya tamat pengajian di IPTA tahun lalu
Sebanyak 4.1 peratus pelajar tercicir direkodkan akibat tidak berjaya menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengikut Sistem MyMoheS Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 2023.
Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dibentang tahun depan - MOF
Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Negeri Sembilan akan putuskan keperluan fatwa khusus GISBH
Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang memutuskan ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH Holdings (GISBH) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran agama Islam, akan dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan akhir bulan ini.
Pendemokrasian pendidikan kunci atasi cabaran, gangguan AI - PM
Cabaran yang dihadapi akibat revolusi teknologi ini tidak jauh berbeza daripada yang dialami semasa Revolusi Perindustrian.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
AI generatif dalam kewartawanan - menyeimbangkan inovasi dan etika
Penyepaduan AI generatif (Kecerdasan Buatan) ke dalam kewartawanan muncul sebagai alat penting yang boleh meningkatkan produktiviti wartawan.
MP New Zealand ganggu sidang Parlimen dengan tarian haka, bantah Rang Undang-Undang Orang Asli
Parlimen digantung seketika apabila orang ramai di galeri menyertai dan jeritan menenggelamkan orang lain di dalam dewan.
ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
Malaysia alami pertumbuhan penduduk lebih perlahan pada suku ketiga 2024 - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku ketiga 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding suku ketiga 2023 iaitu sebanyak 33.6 juta dengan pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 1.6 peratus berbanding 2.1 peratus.
14,396 pengguna di Malaysia guna '123456' sebagai kata laluan
Data ini adalah untuk pengguna dari 44 negara dan dikumpul dari sumber yang terbuka kepada awam dan juga dalam dark web tanpa melibatkan data peribadi atau pembelian data.
Malaysia-Singapura tingkat kerjasama jenayah rentas sempadan, tambah elemen jenayah siber
Malaysia dan Singapura akan terus memperkukuh kerjasama bagi membanteras jenayah rentas sempadan dengan menambah elemen jenayah siber selari dengan keperluan semasa.
Malaysia mahu memastikan industri CCUS disegerakan secepat mungkin - Rafizi
Malaysia mahu memastikan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dimulakan secepat mungkin di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari negara lain.
Tun Daim Zainuddin meninggal dunia
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, telah meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Anwar undang bekas Mufti Mesir, teruskan kesinambungan pengajian turath Islami
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang tokoh ulama yang juga bekas Mufti Mesir Syeikh Prof Ali Jum'ah ke Malaysia.
Isu Palestin: Ketegasan PM Anwar beri harapan baharu kepada dunia Islam
Kenyataan Anwar yang tegas memperjuangkan hak rakyat Palestin di Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, semalam memberi harapan baharu.
Malaysia sedia salur bantuan kewangan kepada Lubnan - PM
Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan bagi membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin Arab, Islam berhimpun di Arab Saudi, hadiri sidang tergempar tangani krisis Asia Barat
Para pemimpin Arab dan Islam mula tiba di Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam untuk menangani pencerobohan Israel yang terus berleluasa di wilayah Palestin dan Lubnan.