Malaysia akan mengadakan perbincangan segera dengan Bangladesh dan Myanmar bagi mencari penyelesaian berhubung kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Rohingya dan Bangladesh di Langkawi.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata pihaknya mendapati wujud elemen penyeludupan migran ekoran kerelaan PATI dari kedua-dua negara berkenaan untuk datang ke Malaysia.
Selain itu pihak Thailand juga akan dilibatkan dalam perbincangan bersama Dhaka dan Yangon susulan kes-kes penyeludupan migran menerusi sempadan Malaysia-Thailand melibatkan PATI Rohingya serta Bangladesh, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Menurut Alwi seramai 1,158 PATI Rohingya dan Bangladesh terdiri daripada 993 lelaki, 104 perempuan dan 61 kanak-kanak tiba di Langkawi sejak 10 Mei lalu.
"Daripada jumlah tersebut, seramai 486 orang merupakan warga Myanmar manakala 672 orang warga Bangladesh," katanya.
Alwi berkata semua PATI berkenaan dipindahkan secara berperingkat mulai hari ini (12 Mei) ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Kedah.
Proses pemindahan tersebut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
Kementerian Dalam Negeri hari ini juga telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi melibatkan Kementerian Luar Negeri; Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM); JIM dan APMM bagi membincangkan isu kebanjiran PATI itu.
Semalam, Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah berkata pihaknya mendapat maklumat kemungkinan kemasukan ramai PATI ke pulau itu dalam masa terdekat.
Harith berkata maklumat itu diperoleh ekoran tertangkapnya lebih 1,000 orang PATI dari Bangladesh dan Myanmar awal pagi Isnin.
Hasil siasatan awal polis, kumpulan PATI ini mendakwa ditawarkan oleh ejen di negara masing-masing untuk bekerja di Malaysia dengan menjanjikan pendapatan yang lebih baik.
Bernama
Wed May 13 2015
Malaysia bincang dengan Bangladesh dan Myanmar mengenai PATI - Gambar fail
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.