Malaysia boleh mencapai status maju berasaskan acuan sendiri dengan menambah baik sistem pendidikan secara berterusan di samping menyediakan kaedah yang tepat untuk generasi muda meningkatkan kemahiran teknologi maklumat (IT), kata ahli Majlis Tindakan Ekonomi, Tan Sri Rafidah Abdul Aziz.
Beliau berkata Malaysia perlu mengelak persepsi sempit bahawa status maju itu hanya boleh dicapai setelah mencatatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi.
"Kita mempunyai sistem pendidikan dan kita perlu meneruskan usaha mempertingkatkannya, jangan abaikan aspek ini, generasi muda kita perlu disediakan panduan untuk mereka menambah baik kemahiran IT masing-masing, mengupayakan mereka untuk menghadapi perkembangan baharu yang berlaku di sekeliling kita.
"Bukan hanya di peringkat domestik sahaja malah peringkat rantau dan global juga. Sekiranya kita terus berusaha melaksanakannya, kita dapat mencapai status negara maju mengikut acuan kita sendiri bukan KDNK," katanya kepada pemberita di Persidangan Francais dan Keusahawanan Antarabangasa 2019 di sini pada Khamis.
Beliau berkata pada masa ini, negara memiliki kumpulan generasi muda yang begitu berminat dengan IT namun lebih banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan.
Rafidah, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Malaysia telah gagal mencapai Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju tahun depan selain melakar pertumbuhan KDNK pada tujuh peratus setiap tahun.
Beliau menekankan selain pertumbuhan KDNK, Wawasan 2020 turut menggariskan kelayakan lain untuk Malaysia menjadi negara maju termasuk mengikut acuan sendiri, pelbagai kaum dengan persefahaman yang luas dalam kalangan rakyatnya.
"Sudah pasti rakyat, disiplin, cekap teknologi dan sebagainya penting namun paling penting adalah untuk kita melihat bahagian mana di laluan yang kita telah ambil untuk menuju ke arah Wawasan 2020 yang sebenarnya telah direalisasikan.
"Kebimbangan saya ialah sekiranya kita tidak mengubah sikap kita secara berterusan dan jika kita tidak memahami apakah pendirian mengenai kepelbagaian di Malaysia, kita akhirnya akan mempunyai pemikiran dunia ketiga, sentiasa berbalah antara satu sama lain, mempertikaikan perkara kecil dan membawa bebanan perkara lama yang tidak perlu sehingga 2030," katanya.
Justeru, beliau menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia supaya tidak berbalah mengenai isu-isu kecil dan perkara yang tidak relevan.
Rafidah turut menasihatkan generasi muda agar sentiasa berpegang kepada nilai seperti berintegriti tinggi, prestasi cemerlang dan semangat kekitaan kepada negara ini.
"Sekiranya semua nilai ini dilihat wujud dalam kalangan golongan muda, maka rakyat seperti saya boleh meninggalkan dunia ini dengan tenang kerana legasi memiliki Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu-padu akan kekal ada," katanya.
Beliau berkata contohnya apabila diuji dengan Krisis Kewangan Asia pada 1997, Malaysia berjaya bangkit dan berkembang semula dengan dipacu perpaduan dalam kalangan rakyatnya serta cemerlangnya kerjasama antara sektor awam dan swasta.
"Kerajaan dapat melaksanakan dasar dengan sokongan rakyat, dasar yang tidak mengikut kelaziman.
"Contohnya apabila memutuskan untuk menambat ringgit. Tiada siapa yang pernah mengetahuinya, tetapi Malaysia menambat ringgit kerana mahu ia stabil dan kita mempunyai banyak pengaturan, memodalkan semula struktur kewangan kita dengan bank, merasionalisasikan pinjaman tidak berbayar selain menyuntik lebih banyak modal untuk membolehkan rakyat membayar pinjaman," katanya.
Rafidah berkata Malaysia merupakan negara pertama yang mencatatkan semula pertumbuhan.
"Kini jika kita benarkan unsur negatif, bebanan negatif yang tidak perlu, disuntik ke dalam usaha membuat dasar, kesannya adalah kerajaan dan sektor swasta tidak akan dapat melaksanakan sesuatu yang baik untuk negara.
"Sekiranya permintaan dibuat berasaskan perkauman, keeksklusifan, agama dan semua itu, jadi, bila pula kita akan bercakap mengenai keperluan rakyat Malaysia? Jika keperluan rakyat Malaysia tidak dipenuhi, apa yang ada untuk dikongsi? Keadaan ini akan membawa kesengsaraan bersama, bukannya kemakmuran bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
RAFIDAH: Sekiranya kita terus berusaha melaksanakannya, kita dapat mencapai status negara maju mengikut acuan kita sendiri bukan KDNK. - gambar fail
AWANI Ringkas: Banjir: Kerajaan terima sumbangan syarikat swasta, korporat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KDN gerak sukarelawan pascabanjir - Saifuddin Nasution
KDN mempunyai kelebihan dari segi aset yang akan mempermudah operasi pembersihan seperti pam air berkuasa tinggi dan meriam air (water cannon).
Anggaran kutipan cukai dividen ambil masa - Lim Hui Ying
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memberitahu Parlimen pelaksanaan cukai dividen tidak memberi impak yang besar kepada pasaran saham dan tidak menjejaskan transaksi pelaburan di Malaysia.
Jelasnya, pelaksanaan cukai dividen juga dijangka tidak mengakibatkan pemindahan dana pelaburan yang signifikan ke luar negara.
Jelasnya, pelaksanaan cukai dividen juga dijangka tidak mengakibatkan pemindahan dana pelaburan yang signifikan ke luar negara.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.
Zahid seru warga KKDW ganda usaha santuni masyarakat desa
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk terus menggandakan usaha menyantuni 8.1 juta masyarakat desa di seluruh negara.
Beliau berkata tiada kawasan desa harus ketinggalan dalam arus pembangunan yang sedang giat dilaksanakan.
Beliau berkata tiada kawasan desa harus ketinggalan dalam arus pembangunan yang sedang giat dilaksanakan.
Individu, peniaga kecil tidak terkesan dengan cukai dividen - Lim Hui Ying
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memberitahu Parlimen dengan andaian kadar dividen 5 peratus, pendapatan dividen melebihi RM100,000 adalah untuk pemegang saham sekurang-kurangnya bernilai RM2,000,000.
Tambahnya cukai dividen 2 peratus adalah sangat rendah berbanding negara lain
Tambahnya cukai dividen 2 peratus adalah sangat rendah berbanding negara lain
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Siasatan kes anggota Palapes UiTM meninggal dunia sudah lengkap
Siasatan polis berhubung kematian seorang mahasiswa anggota Palapes UiTM telah lengkap dan akan dihantar ke Mahkamah Koroner untuk prosidung inkues.
PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah yang amat tinggi.
AWANI Ringkas: Banjir: Sedia rumah baharu, baik pulih rumah terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia boleh capai status maju berasaskan acuan sendiri - Rafidah Aziz
Beliau berkata Malaysia perlu mengelak persepsi sempit bahawa status maju itu hanya boleh dicapai setelah mencatatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi.