Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran mengurangkan intensiti pelepasan karbon daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus pada 2020, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini, Selasa.
Perdana Menteri berkata Malaysia telah mengurangkan intensiti pelepasan karbon KDNK lebih daripada 33 peratus walaupun menghadapi kesulitan dalam memenuhi ikrarnya yang dibuat di Copenhagen enam tahun lepas.
Malaysia tidak menerima bantuan pemindahan kewangan dan teknologi yang telah dijanjikan negara-negara maju pada mesyuarat Copenhagen itu, kata beliau pada sidang kemuncak itu, yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, di ibu pejabat PBB di sini.
"Sasaran yang kami tetapkan di Copenhagen adalah dengan syarat adanya pemindahan kewangan dan teknologi dari negara-negara (maju) Lampiran I. Namun, tiada satu pun syarat itu dipenuhi. Kami tidak menerima bantuan yang dijanjikan kepada kami mengikut Perkara 4.7 Konvensyen itu," kata Najib.
Dengan membawa perhatian PBB kepada inisiatif Malaysia untuk memenuhi sasaran Copenhagen, perdana menteri berkata Malaysia telah melaksanakan dasar-dasar baharu mengenai perubahan iklim dan teknologi hijau.
Sambil menyatakan dasar Malaysia dalam bidang itu, Najib berkata Malaysia telah meluluskan Akta Tenaga Boleh Diperbaharui yang antara lain menyediakan galakan tarif untuk tenaga boleh diperbaharui.
"Kami membuat penyesuaian dan pengurangan berpusat kepada pengurusan sumber air kami. Dan kami juga mewartakan rizab hutan baharu bagi mengesahkan komitmen kami terhadap ikrar yang dibuat pada Sidang Kemuncak Bumi Rio," kata beliau.
Dalam tempoh enam tahun lepas, katanya, Malaysia telah mengambil langkah yang jelas ke arah masa depan lebih bersih dan mempunyai ekonomi lebih mampan, selain gabungan tenaga lebih seimbang pada masa ini.
"Tetapi kemajuan ini memerlukan kos. Dalam memperuntukkan sumber-sumber negara yang terhad, kami terpaksa membuat keputusan yang menyakitkan. Kadang-kala, kami terpaksa memilih antara penyesuaian dan pengurangan," kata Najib.
Beliau berkata Malaysia telah membelanjakan hampir AS$2.6 bilion (RM8.3 bilion) pada akhir dekad lepas bagi menyesuaikan diri dengan kekerapan berlakunya banjir.
"Wang ini kita boleh laburkan dalam industri hijau, atau digunakan untuk memperlahankan perubahan iklim," kata Najib.
Perdana menteri berkata Malaysia turut mengambil iktibar bahawa pengurangan tanpa penyesuaian adalah usaha yang sia-sia.
Dalam tempoh kering di Malaysia baru-baru ini, beliau berkata kekurangan air dan kebakaran telah memusnahkan beribu-ribu pokok yang ditanam untuk mengasingkan karbon atmosfera.
Najib berkata Malaysia juga telah membuktikan bahawa ekonominya boleh berkembang sementara intensiti pelepasan karbonnya merosot.
"Tetapi kami terpaksa mengalihkan kewangan daripada inisiatif pembangunan mampan lain - dan kami kehilangan momentum yang amat berharga dalam bidang berkenaan.
"Malaysia akan terus bertindak untuk perubahan iklim," katanya.
Sambil menjelaskan lagi pendapatnya berhubung isu itu, Najib berkata Malaysia mempunyai dasar-dasar baharu untuk menggalakkan kenderaan cekap tenaga, program pelaporan gas rumah hijau korporat baharu, projek kecekapan sektor bangunan dan pelan tindakan bandar rendah karbon.
Malaysia juga sedang membina sistem transit bandar besar-besaran yang boleh mengurangkan separuh daripada bilangan kereta di jalan-jalan bandar, katanya.
Dalam menghadapi kesan iklim yang semakin meningkat, Malaysia kekal komited kepada agenda iklim, katanya sambil membangkitkan bahawa negara itu boleh mencapai dengan lebih banyak jika janji yang dibuat (oleh negara-negara maju) di bawah konvensyen itu ditunaikan.
"Ikrar Copenhagen kami dibuat dengan setulus hati, dengan pemahaman bahawa pihak-pihak berkenaan akan melaksanakan sepenuhnya komitmen mereka untuk membantu negara-negara membangun.
"Mereka tidak berbuat demikian. Namun, Malaysia terus mengurangkan intensiti pelepasan karbonnya, demi rakyat kami - dan planet kami, "kata beliau.
Najib berkata persidangan kali ini mesti berbeza di mana semua negara perlu komited kepada perjanjian untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mereka mesti menyusuli komitmen itu dengan tindakan yang konsisten.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun di Asia, beliau berkata Malaysia menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak perlu bergantung kepada pelepasan.
"Kami bersedia untuk bekerjasama dengan negara pesat membangun lain bagi memperjuangkan cita-cita yang lebih besar pada 2015, dan untuk menunjukkan bahawa pembangunan ekonomi dan tindakan iklim bukannya persaingan matlamat, sebaliknya ia adalah cita-cita bersama, "kata perdana menteri.
Bernama
Wed Sep 24 2014

NAJIB: Malaysia telah mengurangkan intensiti pelepasan karbon KDNK lebih daripada 33 peratus walaupun menghadapi kesulitan. - Foto Bernama
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
10 Berita Pilihan - (26 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat
Lima kanser utama ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, dan hati.
AWANI Tonight: Maintaining neutral ground in ASEAN amid ongoing pressures
Donald Trump’s second term has seen shifts in U.S. foreign policy, impacting global alliances. Taylor’s University’s Julia Roknifard discusses how ASEAN is expected to navigate these evolving dynamics.
AWANI Tonight: Ensuring employee wellbeing amid rising medical costs
Malaysia’s medical cost inflation surged to 15% in 2024. Mun Kiat Ho from Mercer Marsh Benefits Malaysia shares insights on how employers can prioritise staff wellbeing amid escalating healthcare costs.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah.

'Fokus saya RUU pekerja gig, bukan poster' - Steven Sim
Steven Sim tidak mahu isu remeh seperti dakwaan terhadap poster program Town Hall Pekerja Gig 2025, mengganggu usaha berkenaan.

Polis tahan empat individu, rampas 11kg heroin bernilai RM105,600
Ia bermula dengan tangkapan seorang lelaki dan hasil pemeriksaan di dalam sebuah kenderaan, ditemukan 10 bungkusan serbuk dan ketulan.
AWANI Ringkas: Sanusi mohon maaf kepada Amirudin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kematian Jimmy Carter: Negara kehilangan pemimpin luar biasa - Biden
Sejumlah pemimpin dan bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan takziah atas kematian Bekas Presiden AS dan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Jimmy Carter pada Ahad.

Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS
Obama berkata beliau dan isteri, Michelle menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris dalam perlumbaan presiden November ini.

Obama ucap terima kasih kepada Biden, tidak sahkan sokongan terhadap Harris
Obama berkata, Biden merupakan salah seorang Presiden Amerika yang paling penting serta menjadi kawan dan rakan kongsi yang dikasihi.

Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS
Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.

Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.

Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.

Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.

Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.

Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.

Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.