Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menjadi negara defisit tanpa kutipan hasil RM45 bilion melalui pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Tanpa GST, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negara tidak mungkin mampu mengutip hasil sebanyak RM45 bilion setahun yang kemudian dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan pendidikan, bantuan kepada pekebun kecil dan nelayan serta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Kalau pembangkang hendak menghapuskan GST untuk digantikan dengan SST (cukai jualan dan perkhidmatan), itu tipu. Kalau tidak dapat hasil RM45 bilion, negara akan menjadi negara defisit.
Kita tahu bahawa hutang negara kian menguncup tetapi kalau hasil itu tiada, hutang negara akan meningkat dan menjadi seperti di Greece," katanya ketika berucap pada Program Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Bersama Siswa di Seri Perdana, di sini hari ini.
Najib juga berkata kadar GST Malaysia adalah antara yang terendah di dunia iaitu pada enam peratus, di mana 164 negara lain turut melaksanakan GST dengan yang terbaru di India.
Malaysia mula melaksanakan GST pada 1 April 2015.
Bernama
Sun Mar 11 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan amanat kepada mahasiswa pada program Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Siswa di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
Pekerja dobi didakwa cedera anak tiri dengan dumbel
Seorang pekerja kedai dobi didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap anak tirinya dengan menggunakan dumbel.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan langkah waspada terhadap kadar faedah Fed
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
Kerajaan sasar kadar NRW turun 28.8 peratus menjelang 2030
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penghasilan air tidak berhasil (NRW) kebangsaan kepada 28.8 peratus menjelang 2030.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
“Seperti satu kegagalan kerana tiada anak” - Michelle Yeoh
"Saya berusia 62 tahun. Sudah tentu, saya tidak akan mempunyai bayi sekarang."
Parlimen: Pengenalan cukai kepada T15 bukan alasan label 'Belanjawan Robin Hood'
Lim Guan Eng berkata, ia sebenarnya usaha kerajaan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan.
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.