Malaysia masih berdepan kekurangan lebih 500,000 pekerja sektor perladangan komoditi dengan anggaran masing-masing 220,00 pekerja tempatan dan 265,397 pekerja asing berdaftar bagi sektor terbabit setakat ini.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata angka itu adalah tidak memadai kerana Malaysia mempunyai jumlah keluasan 7.14 juta hektar tanah ladang yang memerlukan sejuta pekerja.
Menurutnya, pada masa ini sebarang kemasukan pekerja asing telah dihentikan ekoran COVID-19, sekali gus memberi ruang untuk pekerja tempatan mengisi kekosongan itu.
"COVID-19 ini memberi impak (dari segi peluang pekerjaan untuk anak tempatan). Pertama, jika kita nak bincang tentang kemasukan pekerja (asing) baharu, ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana kerajaan telah buat sekatan sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
"Kedua, yang tinggal sekarang adalah warga kerja sedia ada yang mempunyai pas pekerja. Kadar dan jumlahnya kita kekalkan dan barangkali apabila tamat tempoh, mereka akan kembali ke negara masing-masing. Inilah ruang dan peluang untuk kita mengisi tempat mereka itu dengan tenaga kerja warga tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bagi mengupas tajuk Peluang Pekerjaan: Cabaran Industri Komoditi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana malam Rabu.
Namun, Mohd Khairuddin mengakui industri peladangan belum mendapat sambutan warga tempatan berikutan ketiadaan insentif menarik untuk menggalakkan mereka terlibat dalam sektor 3D - kotor, berbahaya dan sukar.
"Majikan juga sebelum ini mungkin tiada dorongan atau motivasi untuk membuka ruang kepada anak-anak tempatan. Namun dalam keadaan sekarang, keperluan untuk mengambil warga tempatan adalah ketara," katanya.
Menyentuh aspek lain, beliau berkata kerajaan turut menggalakkan warga tempatan, terutama belia untuk menjadi usahawan dalam pelbagai sektor komoditi seperti kenaf, buluh, koko, kelapa sawit, getah dan sebagainya.
Malah, kerajaan turut menyediakan geran RM8,000 bagi tanaman koko dan sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pengekport dan negara pengisar koko kelima terbesar dunia.
"Saya juga sudah mengarahkan pegawai saya untuk melihat tapak yang boleh dijadikan hub termasuk pusat coklat untuk orang datang melihat produk Malaysia dan akan dikembangkan ke seluruh negara," katanya.
Mohd Khairuddin berkata bagi penanaman kenaf, kerajaan menyediakan geran sebanyak RM2,350 bagi sehektar tanah.
Bagi perladangan getah, beliau berkata walaupun terdapat 400,000 pekebun kecil dan penoreh getah berdaftar namun hanya sebilangan kecil yang didapati aktif.
Malah, bagi tempoh Januari-April hanya 60,000 hingga 70,000 pekebun kecil dan penoreh getah yang membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).
Menurutnya, selain berusaha meningkatkan saiz pekebun kecil bagi sektor perladangan, kerajaan juga dalam proses meneliti kaedah sesuai untuk meningkatkan jumlah penglibatan dalam sektor hiliran dan huluan.
Ini termasuk usaha kerajaan yang sedang mempromosikan santan sawit selain minyak masak, katanya.
"Pada masa sama, promosi minyak sawit mentah turut dipergiatkan dengan permintaan baharu diterima dari negara-negara seperti Afrika," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Thu May 21 2020

Industri peladangan belum mendapat sambutan warga tempatan berikutan ketiadaan insentif menarik untuk menggalakkan mereka terlibat dalam sektor 3D. Gambar fail
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao
Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.

Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.

Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.

TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.

SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.

PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.

RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.

Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.

Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.

Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.