Malaysia dan Myanmar bersetuju bahawa ancaman Negara Islam (IS) bersifat nyata dan IS mungkin cuba menerapkan ideologinya di kawasan-kawasan yang bergolak di ASEAN.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kedua-dua negara juga bersetuju bahawa negara anggota ASEAN harus mempertingkatkan kerjasama terutama di bawah platform Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) untuk mengekang ancaman itu.
Hishammuddin, yang berada di Myanmar untuk siri lawatan ke negara ASEAN sebagai pengerusi ADMM, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Lt Jen Wai Lwin hari ini, dan membincangkan pelbagai perkara berkaitan keselamatan dan pertahanan kedua-dua negara.
"Saya juga secara peribadi menjemput Lt Jen Wai Lwin menghadiri ADMM ke-9 sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi.
ADMM adalah sangat penting, kerana semua 10 Menteri Pertahanan ASEAN akan membincangkan tentang bagaimana untuk menangani cabaran keselamatan yang meningkat di rantau kita," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Hishammuddin berkata sebagai respons kepada jemputan beliau, Wai Lwin melahirkan sokongan sepenuhnya Myanmar kepada Malaysia sebagai pengerusi ADMM 2015 dan percaya Malaysia akan membawa perpaduan ASEAN ke tahap lebih tinggi.
Myanmar juga digalakkan untuk menyertai secara aktif dalam Kumpulan Kerja Pakar, terutama di bawah rangka kerja Bantuan Kemanusiaan dan Bencana dan Operasi Pengaman.
Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan Pemerintah Tertinggi Perkhidmatan Pertahanan Myanmar, Jeneral Min Aung Pann dan membincangkan mengenai cadangan penubuhan Pasukan Pengaman ASEAN.
"Pasukan Pengaman ASEAN yang dicadangkan boleh mendapat pengiktirafan masyarakat global untuk mengiktiraf ASEAN sebagai satu entiti. Myanmar bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Pasukan Pengaman ASEAN seperti dicadangkan," kata beliau.
Hishammuddin berkata Myanmar dipelawa untuk menjadi pemerhati Dalam Rondaan Selat Melaka, yang terdiri daripada rangka kerja Keselamatan Maritim dan model Kumpulan Pertukaran Risikan untuk meningkatkan lagi kerjasama pertahanan.
Hishammuddin kemudian menemui Naib Presiden Kesatuan Myanmar, Laksamana Nyan Tun dan mengambil peluang untuk berkongsi wawasan Malaysia untuk ASEAN tahun ini.
"Kami juga membincangkan usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Myanmar dan Malaysia," kata beliau.
Untuk siri lawatan berikut ke negara ASEAN, Hishammuddin akan berlepas ke Kemboja esok dan selepas itu ke Laos dan Vietnam.
Bernama
Sat Feb 21 2015

Hishammuddin berada di Myanmar untuk siri lawatan ke negara ASEAN sebagai pengerusi ADMM, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Lt Jen Wai Lwin di Nay Pyi Taw.- Foto Bernama

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Pola cuaca buruk akan beri tekanan kepada pengeluaran makanan Malaysia - Mohamad Sabu
Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan Malaysia, dengan corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global menjejaskan sektor pertanian.

ASEAN perlu perkukuh kepusatan, tumpu sasaran realistik - Nazir Razak
Ekonomi Asia Tenggara digesa untuk meningkatkan perdagangan dan memperkukuh kepusatan bagi melindungi negara mereka daripada keadaan global yang tidak menentu di tengah-tengah ancaman tarif Presiden A

ASEAN penting untuk kestabilan serantau di tengah ketegangan global - Syed Hamid
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menekankan kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, menyifatkannya sebagai platform penting untuk dialog dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

KEB setahun: Pemetaan kluster, 3P pemacu agenda perkasa bumiputera - Pakar
Agenda pemerkasaan bumiputera perlu berteraskan tumpuan terhadap aspek pemetaan kluster dan penguasaan sektor strategik bagi memastikan kehadiran golongan itu di setiap peringkat.

ASEAN sokong 18 keutamaan ekonomi ditetapkan Malaysia
ASEAN sebulat suara menyokong 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) yang ditetapkan oleh Malaysia selaku Pengerusi tahun ini.

ASEAN perlu pelbagai kerjasama global hadapi tempoh mencabar
Tengku Zafrul berkata, prinsip ini menjadi antara teras utama Wawasan Komuniti ASEAN 2025 di bawah kepengerusian Malaysia tahun ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.

Dunia Islam alami defisit kepercayaan - PM Anwar
Dunia Islam dilihat mengalami defisit kepercayaan, dengan nilai integriti, pengorbanan, dan sumbangan seringkali dibayangi kepentingan diri dan pengumpulan harta benda.